EPL 2019/20: Watford 2 Manchester United 0 – Red Devils Kurang Bernasib Baik

Pasukan di tangga tercorot Watford tiada masalah menewaskan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Manchester United dalam mood yang sangat baik selepas kejayaan menewaskan Colchester dalam aksi Piala Carabao sebelum ini. Di mana Man United mara ke separuh akhir dalam kejohanan tersebut.

Pengurus Watford, Nigel Pearson menyuarakan keyakinan mereka akan kekal di EPL selepas kemenangan bermaruah dicatatkan ke atas pasukan sebesar Manchester United yang memiliki 20 EPL dalam kabinet mereka.

Vicarage Road menjadi venue perlawanan yang mempertemukan 2 pasukan yang berjuang untuk 3 mata.

United mahukan 3 mata untuk bermain di Eropah musim hadapan. Watford mahukan 3 mata untuk kekal di EPL.

Man United awalnya dijangka tiada masalah untuk menang ke atas pasukan di tangga ke-20 dalam EPL itu.

The Hornets dan Red Devils bermain separuh masa pertama yang agak mengecewakan. Tiada sebarang percubaan tepat dicatatkan oleh kedua dua pasukan.

Watford terlebih dahulu di hadapan, kerana kesilapan yang mengejutkan oleh David De Gea, di mana beliau gagal menangkap bola dengan kemas.

Bola tersebut adalah rembatan yang lemah oleh Ismaila Sarr. Namun ia menghasilkan gol buat pasukan tuan rumah.

De Gea kini menjadi penjaga gol yang paling banyak melakukan kesilapan yang memberikan gol kepada lawan sejak musim lalu.

De Gea terus gagal mencatatkan sebarang clean sheet dalam 13 aksi terakhir beliau dalam liga pada ketika ini.

Man United cuba untuk menyerang kubu pasukan lawan dan mulai mencipta lebih banyak peluang gol.

Troy Deeney mempersiakan peluang dari dalam kotak penalti menerusi penyudah yang lemah.

Namun kapten Watford itu tetap berada di dalam senarai penjaring. Ianya apabila beliau menyempurnakan penalti.

Penalti diberikan pengadil selepas Aaron Wan Bissaka mengasari Ismaila Sarr dari belakang. Pengadil tiada pilihan selain daripada memberikan penalti kepada pasukan lawan.

Solskjaer kemudian menghantar Paul Pogba untuk menyelamatkan nasib United selepas kemasukan Mason Greenwood.

Pogba ternyata bermain dengan baik sekali dan memberikan perubahan di atas padang.

Tetapi ianya tetap gagal untuk membantu Man United mengubah nasib mereka. United mencatatkan satu lagi kekalahan musim ini.

Ini adalah kekalahan kelima Man United musim ini. Dan ianya adalah perlawanan ke-12 mereka keciciran mata daripada 18 perlawanan setakat ini.

Manchester United berada di tangga kelapan. Sekali lagi mempersiakan peluang untuk merapati 4 teratas.

Manchester United meneruskan aksi yang kurang meyakinkan berhadapan dengan beberapa lawan yang dianggap lemah berbanding dengan pasukan big 6.

Watford, walaupun menang, tetap kekal di tangga ke-20. Mereka masih dibezakan 6 mata daripada zon selamat.

Line up:

Watford: Foster, Mariappa, Kabasele, Cathcart, Femenia, Capoue, Hughes, Sarr, Doucoure, Deulofeu, Deeney
Substitutes: Gomes, Dawson, Masina, Chalobah, Gray, Success, Pereyra

Manchester United: De Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay, Fred, James, Lingard, Rashford, Martial
Substitutes: Pogba, Mata, Andreas Pereira, Young, Romero, Greenwood, Matic

Referee: Lee Mason (Lancashire)

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.