Harapan Manchester City untuk mengejar juara dunia, Liverpool kelihatan sudah terkubur. Ini apabila mereka tewas di tangan Wolves dalam aksi EPL semalam.
Pep Guardiola dalam misi penting untuk mengekalkan jarak jurang mata dengan Liverpool yang selesa di singgahsana Liga selepas mewaskan Leicester semalam.
Bertempat di Molineux, Manchester City terus terjerumus ke dalam masalah yang mereka cipta.
Ederson terpaksa melakukan kekasaran untuk menafikan peluang gol Diogo Jota. Ederson menerima kad merah seawal minit ke-12 perlawanan.
Pep Guardiola membuat keputusan untuk bermain dengan sistem back 3 dan mengeluarkan Aguero.
Claudio Bravo replaces Sergio Agüero after 14 minutes following Ederson's sending off against Wolves.
Agüero's first start in over a month ends early. pic.twitter.com/VNV8A3fATF
— Squawka News (@SquawkaNews) December 27, 2019
Walaupun hanya dengan 10 pemain, Manchester City adalah pasukan yang lebih tajam dan menjaringkan 2 gol awal dalam perlawanan ini.
Pengadilan VAR menghadiahkan Manchester City penalti selepas Riyad Mahrez dijatuhkan.
Raheem Sterling melakukan penalti pertama yang diselamatkan oleh Rui Patricio. Namun pengadil mengarahkan penalti diambil semula kerana ada pemain Wolves yang melakukan kesalahan.
Raheem Sterling melakukan rembatan ke arah yang sama dan sekali lagi Patricio menafikan penalti tersebut, malang sekali tampanan beliau tepat ke Sterling yang mudah melakukan tap in.
Pada minit ke-50, Raheem Sterling meletakkan Manchester City 2 gol di hadapan dengan gol yang cantik.
Kebangkitan Wolves bermula pada minit ke-55. Di mana Adama Traore melakukan rembatan cantik menewaskan Claudio Bravo.
Wolves mendominasi perlawanan dengan melakukan banyak sekali peluang gol.
Pada minit ke-82, Benjamin Mendy melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya. Beliau cuba bermain – main dengan api di kawasan gol sendiri. Mendy ditekan Traore yang merampas bola dan kemudian melorongkan ke dalam kawasan gol.
Jimenez dengan tenang menjaringkan gol kedua Wolves.
Ketika Man City kelihatan menerima sahaja 1 mata dibawa pulang selepas melepaskan peluang membawa pulang 3 mata, Wolves menghukum mereka sekali lagi.
Doherty menjaringkan gol pada masa kecederaan yang tidak memberikan ruang lagi untuk Man City melakukan sebarang kebangkitan.
Kekalahan ini pastinya perit untuk ditelan Manchester City yang pertama kalinya, dalam era Pep Guardiola didominasi lawan sehingga 60%.
Congrats to Wolves on the win.
We gave our all and will come back from this.
🔵 #WOLMCI #ManCity pic.twitter.com/22nPA5etOv
— Manchester City (@ManCity) December 27, 2019
Wolves melebarkan rekod cemerlang mereka menentang big six. Dan mereka naik ke tangga kelima dalam carta liga, menghampiri slot 4 teratas.
Seterusnya Wolves akan berhadapan dengan Liverpool di Anfield. Jurgen Klopp pasti waspada dengan ancaman sebuah pasukan yang memiliki reputasi yang kuat ini berhadapan 6 pasukan besar dalam EPL.
🐺 3-2 🔵
12 – Ederson sent off
24 – Sterling penalty saved
25 – VAR awards retake for encroachment
26 – Sterling penalty saved but scores rebound
50 – Sterling doubles the lead
55 – Traoré pulls one back
82 – Jiménez equalises
89 – Doherty wins itWHAT. A GAME. 🍿#WOLMCI pic.twitter.com/48B780NPyG
— BBC 5 Live Sport (@5liveSport) December 27, 2019
Manchester City di belakang Liverpool 14 mata dan sekali lagi mempersia – siakan peluang untuk meminta Leicester City pada carta liga.
Adama Traore terus menjadi igauan ngeri Pep Guardiola musim ini. Beliau merupakan penjaring 2 gol Wolves dalam kemenangan mereka sebelum ini di Etihad.
Adama Traoré vs Man City
1 goal
1 assist
31 passes
81% pass accuracy
5 shots
3 key passes
10 dribbles won
2 aerials wonHe just loves to play against Man City! What a crazy performance! 🐺 pic.twitter.com/jIAiUvSibl
— FootballTalentScout – Jacek Kulig (@FTalentScout) December 27, 2019
Kali ini Adama melakukan 1 gol dan 1 assist, angka yang sama dicatatkan oleh Raul Jimenez dalam kebangkitan mereka kali ini.