Chelsea telah menerima satu kebangkitan daripada pasukan yang bermain 10 orang, hampi sejam, iaitu Arsenal.
Chelsea memulakan perlawanan ini dengan sangat baik. Dan mereka mendominasi perlawanan dengan tempoh yang sangat lama.
Pada minit ke-26, bekas pemain Chelsea, iaitu, David Luiz, telah menjatuhkan Tammy Abraham di dalam kotak penalti.
Luiz terpaksa mengambil tindakan yang membawa kepada kad merah itu untuk menafikan peluang gol Abraham. Ini selepas kesilapan yang sangat cuai daripada Mustafi, yang melakukan hantaran lemah kepada Bernd Leno.
1 – David Luiz is the first player to be sent off against Chelsea in the Premier League, having previously played for the Blues in the competition, since Vinnie Jones in December 1995. Calamity. #CHEARS pic.twitter.com/C8b3BL9ezC
— OptaJoe (@OptaJoe) January 21, 2020
The Gunners ketinggalan awal pada minit ke-28, apabila Jorginho melakukan penalti dengan gaya ikonik beliau dengan melompat sedikit.
Chelsea menjadi pasukan yang menguasai peralwanan. Ianya sudah dijangka. Bermain di gelanggang sendiri berhadapan dengan skuad pincang Arsenal tanpa seorang pemain.
Namun begitu, Chelsea tidak dapat menambah gol dengan beberapa peluang yang mereka miliki.
Granit Xhaka yang diarahkan bergandingan dengan Mustafi di bek tengah, selepas Luiz dikeluarkan, pasangan bek tengah itu beraksi sangat baik.
Mustafi jelas sekali menebus kesilapan beliau dengan bergandingan cemerlang dengan David Luiz, ketika Arsenal beraksi 10 orang.
Chelsea semakin intensif dan semakin ramai pemain diarahkan berada di kawasan lawan ketika menyerang.
Arsenal menyamakan kedudukan pada minit ke-63. Ianya berpunca daripada usaha Mustafi yang mengeluarkan bola dari kotak bahaya.
Martinelli menerima bola itu dan melakukan larian solo ke kawasan Chelsea. Malang buat N’golo Kante yang tergelincir dan hanya mampu memerhatikan aksi Martinelli.
Martinelli melepasi Kante dan bergerak bebas menuju ke arah Kepa Arrizabalaga. Martinelli tenang menyudahkan peluang itu, seolah-olah bukan budak 18 tahun. Teknik dan ketenangan beliau sangat baik.
10 – Gabriel Martinelli is the first teenager to score 10+ goals in a single season for Arsenal (all competitions) since Nicolas Anelka in 1998-99. Wonder. #CHEARS pic.twitter.com/Y79dUpXFS3
— OptaJoe (@OptaJoe) January 21, 2020
Ketika perlawanan masuk ke minit ke-84, Azpilicueta meletakkan Chelsea di hadapan menerusi satu gol jarak dekat.
Beliau hanya perlu melakukan satu tampanan ringkas dengan kakinya di hadapan gol.
Para pemain Chelsea meraikan gol itu dan seolah-olah kemenangan sudah menjadi milik mereka.
Ketika Frank Lampard dan penyokong Chelsea sedang berkira-kira untuk memenangi 3 mata di Stamford, Bridge, hasrat mereka dileburkan oleh Arsenal.
Kapten mereka, Hector Bellerin telah menerima bola di tepi padang. Beliau masuk ke dalam sedikit dan melepaskan percubaan.
Kepa kelemasan dan tidak dapat menyelamatkan bola tersebut.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Stamford Bridge. Keputusan yang agak menghampakan buat Chelsea kerana mereka beraksi dengan kelebihan seorang pemain pada tempoh yang lama.
33 – Chelsea have lost more Premier League points from winning positions against Arsenal than they have vs any other side in the competition (33). Pegged. #CHEARS pic.twitter.com/d1yJrj6Ig6
— OptaJoe (@OptaJoe) January 21, 2020
Bellerin ternyata sangat gembira dengan gol itu selepas bergelut dengan kecederaan musim ini.
Chelsea lineup: Arrizabalaga, Azpilicueta, Christensen, Rudiger, Emerson Palmieri, Kante, Jorginho, Kovacic, Hudson-Odoi, Abraham, Willian
Subs: Alonso, Barkley, Pedro, Caballero, Zouma, Mount, Batshuayi
Arsenal lineup: Leno, Bellerin, Mustafi, Luiz, Saka, Torreira, Xhaka, Pepe, Ozil, Martinelli, Lacazette
Subs: Ceballos, Maitland-Niles, Holding, Martinez, Willock, Guendouzi, Nketiah
Referee: Stuart Attwell