EPL 2019/20: Burnley 0 Manchester United 2

Manchester United meneruskan rentak kemenangan mereka dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Kali ini mangsa terbaru mereka adalah Burnley. Manchester United yang masih segar daripada kemenangan bertenaga ke atas Newcastle ternyata sukar untuk dihentikan pada ketika ini.

Dalam aksi pada malam Sabtu, Manchester United beraksi dengan penuh bermotivasi. Lebih – lebih lagi mereka mengetahui Tottenham Hotspur keciciran mata pada aksi sepak mula lebih awal.

Dalam perlawanan terakhir mereka pada musim 2019, Manchester United membawa pulang 3 mata dari Turf Moor. Sekaligus menghidupkan impian mereka ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Skuad bimbinga Ole Gunnar Solskjaer selayaknya menang selepas menunjukkan prestasi memukau. Paul Pogba tidak dapat beraksi sekali lagi dalam perlawanan ini.

Namun aksi Andreas Pereira dan Brandon William sangat meyakinkan. Ini ditambah dengan ketajaman dua penggempur berkelas dunia mereka iaitu Marcus Rashford dan juga Anthony Martial di barisan serangan.

Gol pertama Manchester United hadir pada lewat separuh masa pertama. Anthony Martial menerima bola daripada Pereira dan kemudian melakukan rembatan yang ringkas tetapi tepat.

Martial merekodkan gol ke-10 dalam liga pada musim ini.

David De Gea kembali kepada prestasi terbaiknya untuk memastikan Manchester United mengakhiri rekod tanpa clean sheet dalam 14 perlawanan.

Pada separuh masa kedua, Man United terus mempamerkan aksi bertenaga. Namun malang sekali mereka gagal untuk menterjemahkan beberapa lagi peluang.

Ketika Burnley mengimpikan 1 mata daripada perlawanan ini, Man United telah memnbunuh sisa sisa perjuangan mereka dengan gol kedua hasil daripada serangan balas pada masa kecederaan.

Daniel James melorongkan bola tepat ke arah Rashford dan pemain itu sempat melakukan gelecekan yang penuh muslihat mengatasi penjaga gol dan pertahanan lawan, sebelum merembat secukup rasa ke arah gol.

Kecemerlangan Rashford itu terus menjadikan beliau sebagai penggempur paling tajam dalam pasukan Man United pada ketika ini.

Kemenangan ini memastikan United kini hanya 1 mata di belakang Chelsea yang berada di tangga keempat. Man United melonjak ke tangga kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Burnley 4-4-2: Pope; Bardsley, Tarkowski, Mee, Taylor; Hendrick (Rodriguez), Westwood, Cork, McNeil; Wood, Barnes (Gudmundsson)

Simpanan tak digunakan: Lowton, Drinkwater, Hart, Long

Gol: –

Kad kuning: Bardsley, Mee, Taylor, McNeil

Pengurus: Sean Dyche

Manchester United 4-2-3-1: De Gea; Young, Lindelof, Maguire, Williams; Fred, Matic; James, Pereira (Lingard), Martial, Rashford

Simpanan tak digunakan: Jones, Mata, Romero, Greenwood, Wan-Bissaka

Gol: Martial 44, Rashford 90

Kad kuning: Williams, Fred

Pengurus: Ole Gunnar Solskjaer

Pengadil: Mike Dean

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.