English Premier League 2019/20: Wolves 1 Liverpool 2

Liverpool turun beraksi menentang Wolves dalam aksi EPL di Stadium Molineux. Liverpool turun dengan rekod tanpa kalah setakat ini dalam kempen EPL.

Perlawanan ini menjadi tumpuan seluruh dunia, kerana Liverpool kini terlalu jauh bezanya dengan pasukan yang lain dalam saingan liga.

Wolves kelihatan memiliki keyakinan untuk menamatkan rekod tanpa kalah itu.

Liverpool bermula dengan dominan di atas padang. Namun mereka hampir dikejutkan pasukan tuan rumah yang mendapat peluang hasil hantaran kemas oleh Joao Moutinho. Malangnya tiada pemain yang menyudahkan bola itu.

Liverpool berada di hadapan menerusi ketua pasukan mereka, Jordan Henderson. Gol itu terpaksa disemak semula dengan VAR kerana dilihat mungkin terkena tangan.

VAR mengesahkan gol itu adalah dengan bahu Henderson. Trent Alenxander Arnold terus cemerlang menjadi pemain yang sangat kreatif.

Wolves memberikan respon segera dengan cuba membalas gol itu menerusi percubaan oleh Doherty. Namun sayang tandukan pemain itu tersasar.

Masuk minit ke-17, Mohamed Salah mendapat satu peluang gol, namun gagal menyudahkannya kerana terlalu banyak menyentuh bola.

Tiada tambahan gol pada separuh masa pertama. Liverpool masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan satu gol.

Bersambung babak kedua, Liverpool memiliki peluang gol menerusi Mohamed Salah. Namun Rui Patricio menepis bola percubaan deras itu.

Wolves akhirnya menyamakan kedudukan menerusi penyerang sensasi mereka, Raul Jimenez yang menyambar hantaran silang Adama Traore pada minit ke-51.

Rekod clean sheet Liverpool selepas 725 minit berakhir di Molineux. Di tangan pasukan yang memiliki reputasi sangat baik berhadapan dengan big six.

Wolves terus menekan Liverpool. Adama Traore melakukan rembatan yang ditepis kemas oleh Alisson.

Penjaga gol terbaik dunia itu sekali lagi menyelamatkan gawang Liverpool dengan aksi menyelamat, ketika diancam situasi satu lawan satu dengan Raul Jimenez.

Ronerto Firmino merembat deras bola pada  minit ke-82, namun diselamatkan oleh Rui Patricio.

Firmino menebus kegagalan beliau dengan merembat deras bola pada minit ke-84.

Sungguh cantik dan tiada apa yang mampu dilakukan oleh penjaga gol Wolves dalam keadaan itu. Kredit juga kepada Jordan Henderson yang melakukan hantaran persis Safiq Rahim.

Diogo Jota sepatutnya menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah. Namun percubaannya tersasar tinggi. Ianya peluang depan mata.

Jika ia dapat disudahkan, kesannya akan lebih dirasai oleh Manchester United yang akan terperosok ke tanggan keenam, tangga keramat mereka.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan oleh Liverpool 2-1 ke atas Wolves. Jurgen Klopp menghela nafas lega untuk terus mengekalkan momentum kemenangan pasukannya.

Liverpool kekal tanpa kalah dalam liga musim ini. Dan bau kejuaraan itu semakin kuat.

Liverpool menjadi pasukan kelima dalam sejarah Liga Inggeris yang kekal tak kalah selepas 40 aksi liga.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.