Liverpool turun berhadapan dengan paukan West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris untuk melengkapkan aksi ke-24 mereka.
West Ham yang dibimbing bekas pengurus Manchester United, adalah pasukan terbaru yang mencuba untuk menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool setakat ini.
Moyes turun dengan sistem 5-3-2, membuktikan betapa beliau seorang genius, dan pernah bertugas di kelab terkemuka, satu ketika dahulu.
Namun malangnya kegeniusan David Moyes yang digelar The Chosen One itu tidak begitu menjadi.
16 – David Moyes has lost 16 Premier League games against Liverpool, only losing more against Arsenal (17); his win ratio against Liverpool of 11% (3 wins in 27 games) is his worst against any side he’s faced more than once in the Premier League. Foe. pic.twitter.com/RC1zvGVtOE
— OptaJoe (@OptaJoe) January 29, 2020
West Ham tewas 2-0 di tempat sendiri di tangan Liverpool yang merehatkan pemain mereka dalam aksi Piala FA sebelum ini.
Ketiadaan Sadio Mane di atas padang bukan halangan untuk The Reds memperagakan aksi persis seorang juara menunggu.
Setiap gerakan Liverpool disulami dengan keindahan fungsi estetik yang hanya difahami mereka yang menjiwai bola sepak indah di atas padang.
Penjaga gol West Ham United, Lukasz Fabianski benar-benar cemerlang dalam usaha beliau mahu membantu memadamkan rekod tanpa kalah Liverpool, biar hanya Arsenal yang invincible.
Namun pada minit ke-33, Diop telah menjatuhkan legenda hidup Liverpool iaitu Divock Origi.
Mohamed Salah ternyata terlalu unggul untuk dihalang dalam disiplin sepakan penalti. Tiada siapa akan lupa penalti yang kemas menewaskan Fabianski itu. Menguatkan lagi kepopularan beliau di kalangan peminat Liverpool.
West Ham ada memiliki beberapa peluang. Tetapi skuad bimbingan David Moyes itu tiada formula untuk menembusi Alisson Becker.
Penjaga gol nombro satu dunia itu menepis dan menangkap percubaan pasukan lawan.
Alex Oxlade Chamberlain akhinya menjaringkan gol kedua Liverpool pada separuh masa kedua. Gol yang memberikan satu lagi kemenangan dan tiga mata dari jalanan yang jauh ke kota London.
Pemain yang dikenali dengan hobinya membaca novel itu tidak melepaskan peluang secantik itu.
📸 Alex Oxlade-Chamberlain celebrates the second goal for Liverpool
Still 0-2 with 30 minutes to go#WHULIV pic.twitter.com/Y795NE6lJV
— Premier League (@premierleague) January 29, 2020
Perlawanan tamat memihak kepada juara England yang baharu musim ini. Cuma permahkotaan kejuaraan itu belum rasmi, masih ada beberapa kerja perlu dilakukan di Anfield.
Liverpool menang 23 daripada 24 perlawanan. Dengan baki 14 lagi perlawanan untuk mereka lalu.
19 mata jauhnya jarak Liverpool daripada pasukan Manchester biru dan dan hanya 36 mata daripada Manchester yang satu lagi.
Juara Eropah dan juga juara dunia itu sudah 41 perlawanan tak kalah dalam aksi liga. Sehingga ada yang menggelar EPL sudah menjadi Liga Jabatan Pertanian di England.
With their 2-0 win at West Ham, @LFC extended their unbeaten #PL run to 41 – now eight behind Arsenal's all-time record of 49#WHULIV pic.twitter.com/X0BbQ6s8pX
— Premier League (@premierleague) January 29, 2020
Arsenal masih memegang rekod kemenangan 49 perlawanan tanpa kalah pada era Arsenal invincibles untuk musim 2003/04.
Liverpool kini dalam landasan terbaik untuk mengulangi pencapaian Arsenal pada satu ketika dahulu.
Liverpool menewaskan kesemua lawan mereka musim ini. Pencapaian luar biasa daripada kelab yang berpangkalan di Merseyside.
Liverpool have beaten every other top-flight team for the first time ever in a single season.
They're now 19 points clear at the top.https://t.co/0NcITBDIxY pic.twitter.com/rf27l4zboI
— BBC Sport (@BBCSport) January 29, 2020
Liverpool sudah boleh pergi ke kedai bunga api berdekatan untuk menempah bunga api terbaik bagi meraikan keraian piala mereka.
Dengan baki 14 perlawanan lagi, Liverpool kini sah selamat daripada penyingkiran.
It's official.
Liverpool are mathematically safe from relegation 😅 pic.twitter.com/KlOxGy8Zgz
— ESPN FC (@ESPNFC) January 29, 2020
Lihatlah aksi kehebatan Liverpool di sini, dan ceritakanlah kepada jiran-jiran kamu.