Manchester United turun dalam aksi ke-24 Liga Perdana Inggeris berhadapan dengan pasukan Burnley. Manchester United dalam usaha mahu bangkit daripada kekalahan yang dianggap Matic sebagai tak adil, di tangan Liverpool.
Ini kerana pemain tengah Serbia itu mendakwa, pasukan beliau lebih baik daripada Liverpool.
Sebelum sepak mula, Ole sudah membangkitkan pemain dengan motivasi. Bahawa, beliau percayakan pemain yang ada di dalam pasukan, memberikan bayangan bahawa kelab Manchester United tidak terlalu terdesak mahukan pemain baharu.
Solskjaer in programme: 'We've not had great luck with injuries this season… but we have a squad here where players have been waiting for a chance to stake a claim and now is their chance to do so.' #mufc
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) January 22, 2020
United turun memanaskan badan dengan baju naga mereka.
Manchester United mendominasi awal perlawanan dengan menekan pasukan lawan mereka. Menunjukkan bahawa keinginan tinggi pasukan itu mahu menang bergaya. Burnley hanya mampu bertahan dan menyerap asakan United.
1 – This will be Man Utd’s first game at Old Trafford in the Premier League under Ole Gunnar Solskjaer to not feature the injured Marcus Rashford – since his Premier League debut, Rashford has scored more home league goals than any other Red Devils player (25). Carried. pic.twitter.com/duh5Gu4Afo
— OptaJoe (@OptaJoe) January 22, 2020
Namun begitu, hanya 6 minit perlawanan berlangsung, Anthony Martial terlantar di atas padang, mengerang kesakitan. Ia petanda kurang baik untuk Manchester United, yang sebelum ini sudah hilang Marcus Rashford. Mason Greenwood dipersiapkan oleh Ole.
Tida lama selepas perlawanan bersambung semula, Fred melakukan percubaan bahaya yang memaksa Jack Cork mekakukan hadangan.
Pada minit ke-16, Aaron Wan Bissaka mencipta peluang keemasan untuk Anthony Martial, namun malangnya pemain bintang Manchester United itu gagal menyempurnakan peluang tersebut.
United berterusan mengawal perlawanan. Pada 27 minit pertama mereka menguasai 69% perlawanan.
Di dalam stadium bergema protes penyokong Manchester United yang mengutuk Ed Woodward.
The anti-Ed Woodward chanting has restarted in the Stretford End. #mufc
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) January 22, 2020
Pada minit ke-33, Anthony Martial memiliki satu lagi peluang yang dinafikan oleh pemain lawan. Jelas sekali pemain Perancis itu kecewa selepas terlepas beberapa peluang gol.
Tidak disangka-sangka, Manchester United ketinggalan jua di belakang pada minit ke-39. Lebih menyakitkan, pemain yang menjaringkan gol itu adalah Chris Wood, bekas pemain Leeds United.
Segalanya berpunca daripada usaha Ben Mee yang menanduk bola sepakan percuma, Wood kemudian menewaskan pemain bek tengah termahal di dunia, Harry Maguire di dalam kotak penalti. Wood dengan tenang melakukan penyudahan yang menerjah jaring.
Manchester United masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 0-1.
Another first half where United have failed to score – that's now six times in the last seven games (and 10 in the last 13) that's happened.
United making it hard for themselves again. #mufc
— Joe Bray (@_joebray) January 22, 2020
Bersambung aksi babak kedua, Ole mengerah masuk pemain yang disifatkan beliau persis Van Persie iaitu Mason Greenwood, dan mengeluarkan Andreas Pereira.
Hanya seminit perlawanan bersambung, Daniel James terus melaungkan amaran kepada pasukan lawan dengan ancaman awal.
Ketika Manchester United sedang berkira-kira untuk mencipta kebangkitan yang sudah menjadi asam garam dan darah daging mereka, Burnley mengejutkan United sekali lagi.
Jay Rodriguez telah melakukan rembatan padu dan deras menewaskan David De Gea. Terkapai-kapai, kelemasan De Gea dibuatnya.
Lebih kejam, gol itu adalah gol yang menuju ke near post David De Gea.
Jay Rodriguez spectacular goal against Man Utd. 💪🏽🙌🏽💯⚽️.
— Knight 🤺 (@JesufemiOtii) January 22, 2020
Ternyata Jay Rodriguez menyukai perlawanan seperti ini.
7 of Jay Rodriguez's last 12 goals against top-flight clubs have come against Man Utd (2), Liverpool (2), Arsenal, Chelsea and Man City.
— Richard Jolly (@RichJolly) January 22, 2020
Namun United tetap yakin dengan kebangkitan menentang Burnley. Ini kerana dalam 3 daripada 7 aksi berhadapan Burnley mereka ketinggalan 2 gol di tangan Burnley dan 2 perlawanan sebelum ini mereka mengikat Burnley 2-2.
Adakah ia dapat dilakukan malam ini?
3/7 – Three of the last seven occasions that Man Utd have trailed by at least two goals in the Premier League at Old Trafford have been against Burnley – both previous games finished 2-2. Recurrance. pic.twitter.com/fdQb84tImH
— OptaJoe (@OptaJoe) January 22, 2020
Selepas ketinggalan 2-0, Ole memasukkan dua pemain harapan beliau. Pemain Terbaik Tahunan Manchester United 2019, Luke Shaw dan juga Lingard.
Kemasukan mereka diharap dapat memberikan impak dan membantu kelab bangkit.
Penyokong Man United keluar mengosongkan stadium lebih awal.
Masses of United fans have left Old Trafford way before full time. A damning indictment to where this club is. This club is breaking this fan base. [@OTFaithful] pic.twitter.com/poHKxux8l9
— The Man Utd Way (@TheManUtdWay) January 22, 2020
Luke Shaw kemudian menyumbat masuk bola. Namun gol itu tidak diterima kerana Shaw terlebih dahulu memanjat belakang pemain lawan.
Namun ternyata tiada kebangkitan yang dapat dilakukan Manchester United walaupun jersi mereka musim ini diselit propaganda 90+3, mengingatkan Fergie Time di Barcelona.
Manchester United menelan satu lagi kekalahan pada aksi EPL. Menjadikan mereka musim ini sudah kalah 8 kali.
United masih berada di tangga kelima, gagal memanfaatkan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan Chelsea, sekali lagi.
12 – Since Ole Gunnar Solskjær was made permanent manager in March, Manchester United have lost more Premier League games (12) than they have won (11). Nosedive. pic.twitter.com/GPaIthW5DU
— OptaJoe (@OptaJoe) January 22, 2020
Burnley pula berjaya menjauhi zon penyingkiran dengan tujuh mata, hasil daripada kemenangan bergaya di Old Trafford.
Manchester United XI: De Gea, Wan-Bissaka, Jones, Maguire, Williams, Fred, Matic, James, Pereira, Mata, Martial.
Subs: Romero, Bailly, Lingard, Dalot, Shaw, Greenwood, Gomes.
Burnley XI: Pope, Tarkowski, Mee, Taylor, Lowton, Westwood, Cork, McNeil, Hendrick, Wood, Rodriguez.
Subs: Hart, Brady, Pieters, Lennon, Vydra, Long, Goodridge.