England Nafi Perlekehkan Haka

England menafikan mereka memperlekeh dan tidak menghormati tarian perang, Haka yang dipersembahkan All Blacks ketika perlawanan separuh akhir, Ragbi Piala Dunia 2019.

Ada segelintir pihak menuduh England telah mempersendakan tarian haka. Sebelum ini para pemain Ireland menyanyi ketika tarian Haka dipersembahkan sebelum wisel permulaan.

Dalam aksi separuh akhir, England membentuk formasi V di hadapan 23 pemain New Zealand yang melakukan Haka. Dan mereka merenung tarian yang diketuai oleh TJ.

Para pemain England mara dan mereka mahu mara lebih dekat. Namun pembantu pengadil melarang mereka berbuat demikian dan meminta para pemain England berada di garisan tengah.

Kapten England, Owen Farrell berkata: “Kami tahu kami harus berada di satu jarak tertentu. Kami tak mahu hanya berdiri terpacak di sana seperti menanti mereka datang menterang kami.”

“Kami juga menjaga jarak kerana menghormati mereka. Cuma kali ini kami memilih untuk tidak berada pada barisan selari.”

Namun Joe Marler antara yang terkeliru dan dia telah mara ke jarak yang tidak sepatutnya. Ini kerana Marler ingatkan mereka akan membetuk satu bulatan di sekeliling formasi segi tiga yang dibentuk oleg New Zealand.

Marler berbesar hati membayar denda yang dikenakan ke atas beliau.

Pemain New Zealand, Aaron Smith menyatakan ada pemain England tidak faham makna tarian Haka.

“Kami tidak melakukan tarian itu untuk menakutkan mereka. Tetapi kami melakukannya untuk kami sendiri. Ia adalah mewakili masyarakat kami, mewakili New Zealand. All Blacks sudah melakukan haka ini sudah lebih 110 tahun.”

“Saya melihat terus ke arah pemain England dan saya meligat Owen Farrell memberikan beberapa isyarat ‘wink’.”

England melangkah ke final selepas menewaskan New Zealand 19-7.

New Zealand turut memberikan guard of honor kepada England yang akan ke final.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.