Raheem Sterling telah digugurkan daripada tugasan kebangsaan England pada kali Khamis ini menentang Montenegro dalam kelayakan Euro 2020.
Hal ini selepas pemain tersebut bergaduh dengan rakan sepasukan di pusat latihan.
Perkara itu turut diumumkan oleh FA England menerusi laman rasmi mereka.
We can confirm that @sterling7 will not be considered for Thursday's #EURO2020 qualifier: https://t.co/dsVfgitdSm
— England (@England) November 11, 2019
Raheem Sterling telah bertengkar dengan Joe Gomez. Ianya kerana Raheem Sterling masih tidak berpuas hati dengan Joe Gomez selepas perlawanan di peringkat kelab sebelum ini.
Dalam aksi Ahad lalu di antara Liverpool dengan Manchester City kedua-dua pemain terlibat dalam satu insiden pertikaman lidah di dalam padang.
Kedua-dua pemain ketika itu terpaksa dileraikan oleh pemain-pemain lain.
Dan semalam mereka sekali lagi terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan yang berada di Saint George Park.
Insiden tersebut dikatakan berlaku di kantin pasukan. Di mana kedua-dua pemain mulai mengeluarkan kata-kata kesat sama mereka.
OFFICIAL: Raheem Sterling will not be picked for England against Montenegro due to a "disturbance in a private team area." pic.twitter.com/sqRKOJNVfq
— Squawka News (@SquawkaNews) November 11, 2019
Gareth Southgate menerima laporan bahawak konfrontasitasi tersebut telah melibatkan fizikal.
Kedua-dua mereka saling tolak menolak. Keadaan itu membuatkan Gareth Southgate tiada pilihan lain selain daripada mengambil tindakan tegas.
Raheem Sterling kemudian berjumpa dengan Gareth Sothgate secara peribadi dan meminta maaf di atas kesilapannya.
Gareth Southgate berkata kepada wartawan: “Kami sudah membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan Raheem Sterling untuk tugasan pada Khamis ini menentang Montenegro.”
“Salah satu cabaran dan juga kekuatan utama kami selama ini adalah kemampuan untuk melupakan perseteruan di peringkat kelab apabila berada dalam pasukan kebangsaan.”
“Malang sekali emosi yang mereka alami ketika aksi Ahad lalu masih segar di dalam hati.”
“Naluri saya menyatakan bahawa ini adalah tindakan yang terbaik boleh kami ambil. Kami secara berpasukan telah berbincang dan sebulat suara mengambil keputusan ini.”
“Sekarang ini amat penting untuk kita memberikan sokongan pada pemain yang ada dan fokus kepada perlawanan pada Khamis ini.”
Kehilangan Raheem Sterling pastinya tidak diingini oleh Gareth southgate kerana pemain itu merupakan pemain yang dalam prestasi terbaik untuk pasukan kebangsaan.
Southgate sendiri mengakui ianya salah satu situasi yang sangat sukar di dalam karier kejurulatihannya.
Sterling sudah memuat naik kenyataan di media sosial beliau dan menyesali apa yang berlaku. Beliau menyeru seluruh rakyat England bersatu menyokong pasukan yang akan beraksi pada Khamis ini.
Beliau menegaskan sudah bercakap dengan Joe Gomez dan kedua dua mereka sudah melupakan perkara itu.
Sterling mengakui terbawa dengan emosi yang biasa dialami oleh mana mana atlet.