Enam Perlawanan Impian Selepas WWE Superstar Shake Up

Rombakkan penggusti WWE untuk tahun 2020 sudah selesai dilakukan dengan beberapa penggusti dari RAW dan SmackDown saling bertukar arah.

Rombakkan kali ini sepertinya agak menarik dengan beberapa nama besar telah dipilih untuk ditukarkan dari bergusti untuk jenama RAW berpindah ke jenama Smackdown dan sebaliknya.

Nama seperti Seth Rollins, ‘The Fiend’ Bray Wyatt, AJ Styles dan Braun Strowman antara nama yang telah bertukar jenama dalam rombakkan kali ini.

Dengan kehadiran penggusti baru yang menyertai kedua-dua jenama tersebut, maka akan ada potensi untuk perseteruan yang baru dan potensi untuk melihat perlawanan impian yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Pastinya banyak jalan cerita baru yang akan membuatkan para peminat teruja untuk menontonnya selepas ini.

Bermula dari kategori kejuaraan hinggalah ke perlawanan biasa yang tidak melibatkan mana-mana kejuaraan.

Juara Dunia WWE, Drew McIntyre akan berhadapan dengan cabaran baru di bawah jenama RAW misalnya, dan SmackDown pula telah menarik beberapa nama besar untuk menyertai jenama mereka.

Para peminat pastinya mahukan jalan cerita yang menarik dan mahu menyaksikan perlawanan impian mereka dengan rombakkan yang telah dilakukan.

Berikut merupakan enam perlawanan impian yang para peminat mahu saksikan selepas rombakkan untuk tahun 2020 ini.

1) Daniel Bryan Vs Aleister Black

Perlawanan ini pastinya perlawanan paling diimpikan oleh para peminat dan pastinya pertembungan antara kedua-dua penggusti ini akan membuat para penonton berasa sangat teruja.

Kedua-dua mereka tidak pernah bertemu dalam perlawanan satu lawan satu sebelum ini dan kini ‘The Anti-Hero’ telah didaftarkan dibawah jenama Smackdown, dan sepertinya mereka bakal dipertemukan.

Perbezaan gaya bergusti dan perbezaan karakter pastinya akan menghasilkan satu perlawanan yang sungguh mantap.

2) The New Day vs The Hurt Business

The Hurt Business kini sedang mendominasi jenama RAW dan dengan membawa masuk dua anggota New Day ke jenama tersebut pastinya bukan secara kebetulan.

Atau mungkin akan terjadi salah seorang dari Xavier Woods atau Kofi Kingston akan berpaling dan menyertai pakatan Hurt lalu memusnahkan pasangan regu paling populer dalam WWE untuk sesuatu yang baru.

Ianya pasti akan menjadi satu jalan cerita yang menarik, terutamanya jika Big E membuat kemunculan untuk menjadi penyelamat, namun ianya mungkin tidak akan berlaku kerana beliau akan ada jalan ceritanya sendiri.

3) Charlotte Flair vs Alexa Bliss (Bersama ‘The Fiend’)

Sudah tentu perlawanan antara kedua-dua diva ini sudah pernah terjadi sebelum ini, tetapi kali ini pastinya akan menyajikan sesuatu yang berbeza.

Alexa memiliki perwatakan yang baru dan selepas menyesuaikan dirinya dengan ‘the fiend’, beliau pastinya akan menjadi penggusti paling dominan dalam kalangan diva WWE yang lain.

Mungkin inilah salah satu cara untuk WWE mengukuhkan lagi watak terbaru Alexa dengan menewaskan Charlotte.

4) Big E vs Kevin Owens

Dengan ketiadaan rakan-rakan regunya dari New Day, Big E dilihat akan bergerak secara sendirian dan pastinya sudah tiba waktu untuk beliau kecapi kejayaan secara individu dengan memenangi gelaran Universal Champion di masa hadapan.

Tetapi untuk detik ini, beliau harus mula membina momentum dengan menewaskan kesemua pencabar lain terlebih dahulu dan tiada yang lain lebih sesuai untuk menjadi pencabar pertamanya melainkan Kevin Owens.

Selepas berpisah dari regunya, Big E dilihat bergerak lebih maju dan karakter beliau juga lebih menonjol, dan ketika ini, sangat sempurna untuk menyaksikan beliau bertemu dengan Kevin Owen.

5) Drew McIntyre vs ‘The Fiend’ Bray Wyatt (with Alexa Bliss)

WWE telah menjadikan McIntyre sebagai seorang Juara yang dominan dibawah jenama RAW. Beliau telah berjaya menewaskan Seth Rollins dan dengan cemerlang menumpaskan Randy Orton.

Tetapi mungkinkah ‘the fiend’ akan menjadi individu yang akan menamatkan dominasi itu? Semua peminat tahu bahawa Bray Wyatt adalah bintang besar kini dan pastinya peminat mahu melihat beliau menyandang sabuk kejuaraan dunia WWE itu.

Perseteruan antara mereka berdua pastinya akan menjadi sangat menarik dan para peminat juga pastinya lebih gembira melihat McIntyre melepaskan kejuaraan tersebut kepada ‘the fiend’ berbanding penggusti lain.

6) Roman Reigns vs Seth Rollins

The Big Dog vs The Messiah untuk kejuaraan Universal Champion ianya pasti sangat menarik untuk disaksikan.

Reigns dan Rollins mempunyai banyak kisah dan sejarah bersama dan kini mereka kembali duduk dibawah satu jenama yang sama.

Sudah pastinya Rollins akan terus menjadi pencabar untuk kejuaraan besar WWE itu selepas perseteruan Reigns dengan Jey Uso selesai.

Jalan cerita antara Roman Reigns dan Seth Rollins pasti akan menjadi sangat menarik kerana kesefahaman dan sejarah mereka berdua.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.

ย