Lionel Messi mempunyai 164 juta pengikut dilaman sosial Instagram miliknya dan beliau cuma mengikuti 230 akaun Instagram yang lain.
Dari 230 akaun Instagram yang diikuti oleh pemenang enam kali Ballon d’or itu, terdapat empat akaun milik kelab bola sepak terkenal di dunia.
Sudah pasti beliau mengikuti Barcelona, kelab yang telah beliau wakili sepanjang karier profesionalnya.
Messi unfollowed Barcelona, now following Chelsea. It's happening!!!!!!!!!!! pic.twitter.com/XVGskx3Hgq
— Azeez Olajide ❼ (@zeezish_) August 25, 2020
Tetapi terdapat laporan yang mendakwa bahawa Messi sudah mula menekan butang tidak mengikuti atau ‘unfollow’ keatas akaun sosial media milik Barcelona di kebanyakan laman sosial miliknya.
Beliau juga sedang hangat dikaitkan dengan pelbagai kelab selepas menyatakan hasratnya untuk meninggalkan skuad gergasi Sepanyol itu.
Lionel Messi menyatakan bahawa beliau berhasrat untuk meninggalkan Nou Camp pada jendela perpindahan musim panas ini.
Jadi adakah empat pasukan yang Messi ikuti di laman Instagram miliknya itu menjadi panduan kemana lokasi seterusnya untuk ketua pasukan kebangsaan Argentina itu?
Sebenarnya, Messi sudah mengikuti dua pasukan dari Premier League di laman Instagram miliknya, pasukan tersebut ialah, Manchester City dan Chelsea.
Messi juga kini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City dan juga Chelsea sekiranya beliau meninggalkan Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.
Ura-ura bahawa Chelsea bakal menandatangani Messi datangnya dari legenda Manchester United, Rio Ferdinand yang mendedahkan perkara tersebut menerusi laman twitter miliknya.
According to @DiarioOle, there are eight clubs that are in a position to sign Lionel Messi from Barcelona:
Juventus, Inter Milan, AC Milan, Manchester United, Manchester City, Arsenal, Chelsea & PSG. pic.twitter.com/qUDxZgEvyt
— PF | Transfer News (@PurelyFootball) August 25, 2020
Tetapi isu Messi dikaitkan dengan Manchester City pula datangnya dari pelbagai sumber yang sahih serta didedahkan sendiri orang orang-orang yang dekat dengan ketua pasukan Barcelona itu.
Akhir sekali, pasukan keempat yang beliau ikuti di laman Instagram miliknya adalah, Newell’s Old Boys, kelab yang beliau wakili ketika kanak-kanak dahulu.
Messi memulakan karier bola sepaknya bersama dengan kelab tersebut dan terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa beliau mahu kembali untuk menamatkan kariernya di sana.
From bits and pieces, also think – if it were an English club – Chelsea could be likelier than either City or United.
Abramovich has long wanted thishttps://t.co/mqF6gDVDwa
— Miguel Delaney (@MiguelDelaney) August 25, 2020
Menurut sumber laporan dari Ole, Messi ketika kanak-kanak pernah menjaringkan 234 gol yang luar biasa dari 176 perlawanan dari tahun 1994 hingga 1999.
Selepas itu beliau berhijrah ke skuad akademi Barcelona, La Masia academy dan terus mengembangkan bakatnya di sana hingga menjadi salah seorang pemain terbaik dunia masa kini.