Emmanuel Adebayor Bakal Kembali Ke Premier League

West Brom dilaporkan berminat untuk mendapatkan Emmanuel Adebayor tatkala pengurus pasukan, Slaven Bilic sedang berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya seorang penyerang menjelang tarikh tutup jendela perpindahan.

Adebayor dikatakan terdesak untuk beraksi di tahap tertinggi buat kali terakhir setelah meninggalkan kelab Paraguay, Olimpia.

Dan The Baggies kini membuka ruang untuk Adebayor berbuat demikian, sekiranya tiada penyerang lain mampu dicari menjelang tarikh tutup perpindahan.

Pelbagai laporan di UK melaporkan pengrus Wes Brom sendiri sudah melakukan perbincangan dengan Adebayor mengenai kemungkinan perpindahan tersebut.

Kini berusia 36 tahun, Adebayor telah menjaringkan 97 gol di England ketika beraksi bersama Arsenal, Manchester City, Tottenham dan juga Crystal Palace.

Dengan jumlah jaringan tersebut, Adebayor pasti berharap untuk mendapatkan gol ke-100 di Premier League sebelum bersara sepenuhnya dari bola sepak.

Buat masa ini pemain antarabangsa Togo tersebut dikatakan giat menjalani latihan sebanyak dua kali sehari di kediamannya di Ghana dalam usaha untuk mendapatkan kontrak dari kelab yang berminat.

West Brom bukan satu-satunua kelan yang mengintai khidmat Adebayor.

Kelab Turki, Fenerbahce turut melahirkan minat untuk memancing pemain ejen bebas ini.

West Brom baharu sahaja mengesahkan ketibaan pemain veteran, Branislav Ivanavic secara percuma baru-baru ini.

Bilic juga turut sedang menanti ketibaan Filip Kroninovic. Bercakap mengenai pemain tengah Croatia itu, Bilic dipetik sebagai berkata:

“Ia [perpindahan] akan direalisasikan dalam beberapa hari lagi.

“Filip – saya diberitahu beliau akan tiba pada hujung minggu, iaitu pada pengakhiran hujung minggu. Jadi beliau akan menyertai latihan.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.