Emiliano Martinez memberi amaran kepada Arsenal bahawa beliau tidak teragak-agak meninggalkan kelab itu sekiranya tidak diturunkan secara kerap pada musim akan datang.
Pemain berusia 27 tahun itu telah membuktikan dirinya adalah pengganti yang berkesan untuk penjaga gol, Bernd Leno, apabila penjaga gol Jerman itu mengalami kecederaan.
Arsenal hanya tewas dua dari 11 perlawanan dimana Martinez diturunkan selepas Leno mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Brighton.
Martinez kemudiannya membantu Arsenal meraih kejuaraan Piala FA ke-14 dalam sejarah kelab itu.
Another 𝗯𝗶𝗴 performance by this guy 👏 pic.twitter.com/VGsiWYrNkr
— Arsenal (@Arsenal) June 28, 2020
Penjaga gol dari Argentina itu telah menunggu selama sedekad untuk mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama sejak menyertai The Gunners pada usia 17 tahun pada 2010.
Martinez masih mempunyai aspirasi untuk beraksi bersama Argentina dan mahu menjadi penjaga gol utama negaranya.
“Saya telah membuktikan kepada pihak kelab saya boleh beraksi dengan baik untuk mereka, dan apabila saya kembali pada musim hadapan saya memerlukan lebih banyak perlawanan,” ujar Martinez kepada stesen radio di Argentina.
“Sasaran saya ialah untuk mengesahkan tempat [kesebelasan utama] bersama Arsenal, dan mendapat panggilan untuk Argentina untuk jersi No.1.
⏳ 10 years at the club.
👀 6 loan spells.It's been a long emotional road for Emiliano Martínez, which makes this moment even more special. pic.twitter.com/Jg0IGOw6yu
— Football Tweet (@Football__Tweet) August 1, 2020
“Saya tidak akan berhenti sehingga saya mendapatkan [penjaga gol Argentina] itu, dan jika saya tidak boleh beraksi bersama Arsenal, maka jelas sekali saya perlu pergi.”
Sehingga kini Martinez telah tampil dalam 37 perlawanan untuk The Gunners sepanjang 10 tahun bersaa kelab itu.
23 daripada penampilan tersebut adalah melalui saungan pada musim ini.
– Signed for Arsenal in 2010
– Six loans spells away
– 14 apps before this season
– Broke into team in June 2020
– Started in FA Cup final victoryAn incredible journey for Emiliano Martínez ❤️📈#HeadsUpFACupFinal pic.twitter.com/9MPUxeSVpk
— Football on BT Sport #Club2020 (@btsportfootball) August 1, 2020
Sebelum ini Martinez turut pernag dipinjamkan kepada Sheffield Wednesday, Rotherham, Wolves, Getafe dan Reading.
Arsenal dilaporkan bersedia memberikan kontrak baharu kepada Martinez, namun penjaga gol itu mungkin akan menolak sekiranga tidak diberi jaminan beraksi di dalam kesebelasan utama.