Ellison Menjerit Depan Muka Bekas Pengurusnya Selepas Berjaya Menjaringkan Gol Untuk Kelab Barunya

Penyerang pasukan Newport County, Kevin Ellison menjerit depan muka pengurus Morecambe, Derek Adams selepas menjaringkan gol ketiga untuk pasukannya.

Ellison pernah bermain dibawah kendalian Adams ketika beraksi bersama Morecambe selama satu musim dan kedua-dua mereka sememangnya tidak sehaluan.

Ellison telah dilepaskan oleh pihak kelab pada musim panas 2020 dan kemudian beliau menandatangani perjanjian bersama Newport County.

Pemain berusia 42 tahun itu menyertai County sebagai pemain bebas ejen dan kedua-dua pasukan tersebut bertemu satu sama lain semalam dalam aksi saingan League 2.

Ellison berjaya membantu pasukan barunya menewaskan bekas kelabnya, Morecambe dengan keputusan 3-1.

Selepas menjaringkan gol ketiga untuk County, Ellison dengan pantas berlari mencari Adams di tepi padang dan menjerit sekuat hati di depan muka bekas bossnya itu.

Ellison pernah membincangkan hubungan antara beliau dengan bekas pengurusnya itu bersama The Athletic dan beliau percaya Adams tidak berminat untuk memikirkan tentang peranannya walaupun beliau merupakan pemain utama bersama pengurus lama, Jim Bentley.

“Saya tak rasa dia nampak saya sebagai seorang pemain yang bagus.”

Jelas Ellison kepada The Athletic.

“Kami tidak pernah ada perbalahan, melainkan hanya sekadar perbualan tentang mengapa saya tidak diturunkan. Selain itu kami hanya membincangkan tentang hal-hal yang berlaku dekat kelab sahaja.”

“Saya tidak pernah mengeluh dan saya tak pernah pertikaikan soal gaji kerana ia tidak mendatangkan apa-apa, saya tahu saya sudah habis kontrak pada penghujung musim dan saya rasa saya perlu curahkan pengalaman saya miliki kepada pasukan lain.”

“Sayang sekali, saya tak fikir pengurus suka dengan luahan saya dan saya fikir dia nampak saya sebagai ancaman kepada kerja dia.”

“Pengurus baru yang bersikap takut dengan kedudukan dia diancam. Saya seorang ketua dalam bilik persalinan dan saya sememangnya seorang yang lantang.”

Pemain kelahiran Liverpool itu turut diarahkan untuk berlatih bersendirian di padang latihan Universiti Lancaster dan dipisahkan dari rakan sepasukannya yanf lain sebelum kontraknya tamat.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.