Ejen Van de Beek Bidas Man Utd Kerana Layanan Solskjaer

Ejen kepada Donny Van de Beek membidas Manchester United kerana tidak senang bagaimana Ole Gunnar Solskjaer menggunakan pemain itu sejak menyertai pasukan itu.

Sehingga kini, Van de Beek belum lagi tampil di dalam mana-mana perlawanan sebagai pemain kesebelasan utama di aksi Premier League.

Van de Beek menyertai Man Utd dari Ajax pada awal bulan ini dengan nilai perpindahan £35 juta beserta £4 juta nilai tambahan lain.

Pemain berusia 23 tahun itu bagaimanapun berada di dalam kesebelasan utama ketika United berhadapan Luton Town di Piala Carabao, tetapi hanya tampil dari bangku pemain simpanan di dua perlawanan Premier League setakat ini.

Dalam perlawnan penuh dramatik di mana Man Utd menewaskan Brighton 3-2 pada hujung minggu lalu, Van de Beek diturunkan pada masa kecederaan.

Dan langkah Solksjaer menurunkan pemain itu pada minit-minit akhir perlawanan nyata tidak disenangi oleh ejen pemain tersebut.

“Sebagai pemain gantian, saya langsung tidak sukakan cara itu,” kata Sjaak Swart kepad VoetbalPrimeur.

“Saya sendiri [jika jadi jurulatih] tidak akan melakukannya, hanya menggantikan pemain ketika perlawanan berbaki 4 minit. Lebih baik terus duduk saja [ di bangku pemain simpanan].

“Saya harus berkata dia telah melakukan perkara yang tiga kali lebih baik. Penalti itu, di mana ia menjadi gol kemenangan, adalah dari dia [Van de Beek].

“Jika normal, Man Utd patut kalah 1-7. Lima kali kena tiang dan palang. Brighton….. mereka adalah pasukan yang bagus, tetapi benda begini tidak patut berlaku kepada Manchester United.”

Manchester United turut dipercayai cuba membawa masuk beberapa pemain lain sebelum jendela perpindahan ditutup, termasuklah bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

Sehingga kini, Ole Gunnar Solksjaer hanya berjaya meyakinkan Van de Beek.

Pada minggu lalu, Solksjaer ditanya sama ada beliau kecewa dengan aktiviti perpindahan di Old Trafford setakat ini.

Namun pengurus dari Norway itu bertanggapan soalan sedemikian sebagai tidak menghormati pembelian Van de Beek.

“Saya rasa anda kurang menunjukkan rasa hormat apabila anda merujuk kepada Donny sebagai satu-satunya pembelian,” kata Solskjaer.

“Dia adalah pemain yang sangat bagus dan menguatkan pasukan. Sudah tentu kita harus memberi perhatian kepada diri kita sendiri.

“Kelab yang berbeza akan membawa masuk pemain di mana mereka boleh. Kami juga bekerja keras untuk menghasilkan sebuah pasukan yang kompetitif. Jika ada update terkini, kami akan makulumkan.

United sekali lagi akan berhadapan Brighton pada Rabu hadapan, kali ini di pertandingan Piala Carabao, sebelum perlawanan Premier League menentang Tottenham Hotspur pada Ahad.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.