Bekas ejen kepada Lionel Messi mendedahkan pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu sebenarnya pernah berminat untuk beraksi di Premier League bersama Arsenal.
Dalam satu temubual baru-baru ini, Fabian Soldini mengisahkan kembali bagaimana Cesc Fabregas yang berusia 16 tahun meninggalkan Barcellona pada 2003 untuk ke Arsenal.
Fabregas kemudiannya tampil sebagai pemain termuda pernah menganggotai skuad utama The Gunners apabila tampil melakukan debut pada usia 16 tahun dan 177 hari.
Sepanjang bersama kelab London tersebut, Fabregas tampil dalam 350 perlawanan di bawah kendalian Arsene Wenger dan menjuarai pelbagai kejuaraan.
Cesc Fabregas and nearly Lionel Messi: I chatted to Francis Cagigao about his 24 years at Arsenal – https://t.co/w8g5D1QpLR @BBCSport
Full conversation on
🎙️https://t.co/Ti0jPGDlZk @purefootballpod (my pod)📺 https://t.co/uJpKkpLOik (my YT channel)
— Guillem Balague (@GuillemBalague) September 16, 2020
Nasib Arsenal pada hari ini mungkin berbeza sekiranya Arsenal turut berjaya menyambar seorang lagi bakat muda dari akademi bola sepak La Masia.
Ini kerana Messi dikatakan turut berminat menyertai Fabregas walaupun akhirnya tidak berbuat demikian.
“[Messi] turut berminat untuk ke Arsenal, tetapi beliau tidak melakukannya,” kata Soldini kepada akhbar Sepanyol, Marca.
“Saya masih ingat hari di mana Cesc diminta untuk pergi. Messi juga diberi peluang berbuat demiian, tetapi memilih untuk tidak pergi.”
Dan selepas itu Messi tidak lagi memandang ke belakang dan terus menyertai skuad utama Barcelona pada November 2003.
On this day in 2003, Messi made his first team debut for Barcelona.
The greatest:
Ballon d’Or 🏆🏆🏆🏆🏆
Golden Shoe 🏆🏆🏆🏆🏆🏆
UCL 🏆🏆🏆🏆
La Liga 🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆
Copa del Rey 🏆🏆🏆🏆🏆🏆
Spanish Super Cup 🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆
Club World Cup 🏆🏆🏆
UEFA Super Cup 🏆🏆🏆 pic.twitter.com/FldxhyHEhh— ESPN FC (@ESPNFC) November 16, 2019
Penampilan pertama Messi di dalam skuad utama ialah menentang Porto kendalian Jose Mourinho pada usia 16 tahun dan 23 hari.
Pada ketika itu legenda Barca, Xavi pernah berkongsi mengenai keterujaannya melihat kelibat Messi ketika latihan.
“Ramai yang sudah memberitahu saya mengenai kemampuan pemain muda ini. Saya diberi amaran akan ada seorang pemain sangat muda dari Argentina yang mempunyai kualiti sangat bagus,” kata Xavi kepada AS.
⭐️ @FCBarcelona knew they had a star when @10Ronaldinho urged them to hand a 17-year-old his pro debut. Who, though, could have imagined that within 16 years he would have scored 700 goals for club & country?
🌌 When will we discover the planet on which Lionel Messi was born? pic.twitter.com/CJZqVPdc3W
— FIFA.com (@FIFAcom) June 30, 2020
“Mereka ada memberitahu nama, tetapi saya lupakannya begitu saja.
“Kemudian saya melihat aksi beliau dalam latihan pada usia 16 tahun, dan saya mulai faham apa yang diperkatakan mengenai pemain ini. Ada latihan yang mengkehendaki anda perlu melepasi dua pemain pertahanan, [Lilian] Thuram, dan [Carles] Puyol.
“Dan Messi dengan selamba menewaskan dua pemain ini dan sukar untuk mempercayai apa yang saya lihat.
“Dalam fikiran saya, inilah dia pemain berusia 16 tahun itu yang sekarang berjaya menggelecek dua pemain pertahanan profesional dan antarabangsa.
“Dari situ anda sudah tahu dia adalah pemain berbeza. Jelas sekali dia ada bakat luar biasa ketika berhadapan situasi satu lawan satu. Dia sangat pantas, mampu menjaringkan gol, bijak melakukan hantaran, dan boleh merembat. Dia sangat hebat.”