Manchester United semakin pasti untuk menandatangani bekas penyerang Paris Saint Germain Edinson Cavani dengan perjanjian selama dua tahun.
Pemain berusia 33 tahun itu kini berstatus free agent selepas tujuh tahun menabur bakti untuk kelab gergasi Perancis itu.
Perundingan antara kedua-dua belah pihak sedang berjalan dengan Cavani dilaporkan sudah hampir pasti untuk melengkapkan perpindahannya ke Old Trafford sebelum jendela perpindahan ditutup.
Edinson Cavani in red… get used to it!
The ex-PSG striker is on his way to Man Utd.
More details
👉 https://t.co/wqpjyjfjSi #mufc pic.twitter.com/40lqTpH7gV— BBC Sport (@BBCSport) October 3, 2020
Tiada kesepakatan yang pasti antara kedua-dua belah pihak, namun Cavani difahamkan telah bersetuju dengan perjanjian kontrak selama dua tahun.
Pemain kebangsaan Uruguay itu pastinya akan menggunakan pengalaman dan kebolehan beliau untuk membantu jentera serangan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
United pada musim ini menyasarkan untuk menamatkan saingan liga dalam kedudukan empat teratas bagi melayakkan diri secara automatik ke saingan liga Juara-juara musim hadapan.
Cavani menyertai PSG dari Napoli pada tahun 2013 dengan nilai perpindahan bernilai £55 juta selepas mempamerkan aksi sungguh mengagumkan selama tiga musim dalam saingan Serie A.
Edinson Cavani agent also confirmed the agreement on personal terms with Manchester United. Agents fee to be agreed on next hours [#MUFC to get it sorted for bit less than €10m].
Medicals pending – Edinson will fly to Manchester today.
Here we go is coming 🔴 #ManUtd #Cavani— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 3, 2020
Uruguay connection for Man Utd. Edinson Cavani deal is going to be completed on next hours after last details ready to be sorted about agents. 🔴🇺🇾#MUFC are also on the verge to sign Facundo Pellistri [2001, Penarol, special talent]. Fee around €10m, as per @SebasGiovanelli.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 3, 2020
Beliau berjaya menjaringkan 187 gol dari 276 perlawanan untuk Paris Saint Germain dalam semua pertandingan.
Beliau kini sedang mencari kelab baru untuk disertai selepas meninggalkan finalis liga Juara-juara musim lalu itu.
Solskjaer telah membuat sedikit rombakan untuk jentera midfieldnya dengan melepaskan Andreas Pereira ke Lazio sebagai pemain pinjaman pada Jumaat lalu.
Pemain pertahanan Diogo Dalot juga dilaporkan bakal beraksi dalam saingan Serie A, selepas pemain berusia 21 tahun itu menyertai AC Milan sebagai pemain pinjaman.
Manchester United set to sign Edinson Cavani on short-term contract. @andym17 and @FabrizioRomano https://t.co/A2Wm1qF7Ur #MUFC #Cavani #transfers
— Guardian sport (@guardian_sport) October 3, 2020
Sekiranya kesepakatan antara kedua-dua pihak United dan Cavani dapat disempurnakan, setan merah yakin bahawa pemain berusia 33 tahun itu akan memberikan impak yang sama seperti apa yang pernah diberikan oleh Zlatan.
Zlatan Ibrahimovic menyertai Manchester United pada tahun 2016 dan ketika itu beliau sudah berusia 34 tahun.
United percaya pengalaman dan kebolehan Cavani sedikit sebanyak membantu proses perkembangan pemain muda seperti Mason Greenwood.
Cavani juga diperlukan untuk membantu Marcus Rashford dan Anthony Martial di bahagian jentera serangan kelab dengan Solskjaer pastinya akan menyediakan pelan taktikal yang lebih hebat selepas setan merah berjaya menandatangani bekas penyerang Napoli itu.
Dan sekiranya Cavani sudah rasmi menjadi pemain setan merah, Manchester United tidak perlu lagi untuk mencari pengganti kepada Odion Ighalo selepas beliau kembali ke China Januari nanti.
Edinson Cavani has scored 341 goals in 556 club games + will add a different, high-calibre option to United’s attack.
But there is a distinct whiff of panic buying by #MUFC. Again. Cannot be called a plan when Cavani has been a free agent all summer.https://t.co/xYgseEp1Sk
— Laurie Whitwell (@lauriewhitwell) October 3, 2020
Cavani sememangnya free agent selepas meninggalkan PSG di usia 33 tahun, namun rekod 341 jaringan dari 556 penampilan beliau bersama kelab merupakan suatu pencapaian yang luar biasa hebat.
Beliau sepertinya calon yang paling sesuai dengan DNA serangan Manchester United serta pemain terbaik untuk memantapkan corak permainan setan merah yang semakin lemau.