Ed Woodward telah memberitahu Ole Gunnar Solskjaer bahawa beliau akan terus mendapat sokongan daripada pengurusan tertinggi.
Apa sahaja keputusan di atas padang ketika ini tidak akan mempengaruhi masa depan Ole.
Beberapa pemerhati bola sepak merasakan masa depan Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford ibarat telur di hujung tanduk.
Ini selepas beliau hanya menang 3 daripada 11 perlawanan pembukaan liga musim ini.
Kekalahan Manchester United minggu lalu telah menjadikan musim ini sebagai musim yang teruk untuk United.
Bekas pemain muda United, Joshua King menambah derita United dengan gol tunggal kemenangan pasukannya.
ESPN melaporkan, Ed Woodward yakin Solskjaer telah meletakkan United di landasan yang betul untuk kembali menjadi juara EPL dalam masa 3 tahun lagi.
Lalu, tiada alasan untuk Woodward memecat Ole daripada jawatan beliau kerana pengurus itu dianggap orang yang tepat dan memiliki ramuan yang terbaik untuk membantu United kembali kepada kegemilangannya.
Jadi, Ole Gunnar Solskjaer ketika ini diminta untuk menghantar pelan perancangan beliau untuk musim baru.
Solskjaer dikatakan berminat untuk mendapatkan 3 pemain iaitu Sandro Tonali, Bruno Fernandes dan Declan Rice.
Namun Solskjaer dijangka tidak akan menandatangani nama besar pada Januari ini, menurut Peter Schmeichel. Ini kerana Ole enggan melakukan pembelian panik dan membazir, kerana harga pemain pada Januari sangat tinggi.
Ed Woodward le ha confirmado a Ole Gunnar Solskjaer que su puesto como director técnico del Manchester United no está en peligro [ESPN]
— Forever United (@MUnitedEs) November 5, 2019
Selain daripada 3 nama tersebut, Ole juga masih mengintai peluang untuk mendapatkan Jadon Sancho yang merupakan pemain sayap.
United sebelum ini melakukan beberapa cubaan untuk mendapatkan Sancho, namun gagal. Mereka masih berharap akan dapat membawa bekas pemain Man City itu ke Old Trafford.
Bercakap kepada wartawan, Ole berkata mahu anak-anak buahnya menang ke atas Partizan dan kemudian menang ke atas Brighton.
Ole berkata: “Kita ada peluang untuk mara lebih jauh di pentas Eropah jika menang ke atas Partizan Belgrade. Seterusnya aksi menentang Brighton di tempat sendiri. Kita perlukan respon segera.”
Pastinya berita ini melegakan peminat Manchester United yang pernah menganggap Ole sebagai jelmaan Sir Alex Ferguson pada musim lalu.
Mungkin buat masa ini segalanya kurang menjadi, namun Ole sudah memberitahu beliau sudah ada formula tersendiri untuk membantu United.
Sumber: Express UK