EA Sports berjanji akan mengemaskini wajah Frank Ribery dalam permainan FIFA 20. Sebelum ini Frank Ribery sangat kecewa dengan mukanya yang seperti orang pecah rumah.
Ribery sendiri menyatakan beliau tidak kenal akan orang yang bernama ‘Franck Ribery’ di dalam permainan video terbaru FIFA 20.
Ribery menyatakan rasa tidak puas hati beliau menerusi twitter. Menurut Ribery, beliau anaknya baru mendapat permainan terbaru itu dan terus bermain permainan terbaru daripada EA Sports itu.
Ribery berkata: “Saya baru saja bermain FIFA 20 dengan anak saya sebentar tadi. Hey EA Sports FIFA 20… siapa mamat ni?
Alangkah kecewanya mereka apabila melihat wajah ayahnya yang sangat pelik.
Played #FIFA20 with my kids not long ago. 🕹
Hey @EASPORTSFIFA…Who is this guy? 🤔🤨🤣 pic.twitter.com/fjCBjO4FOx— Franck Ribéry (@FranckRibery) October 17, 2019
Pesaing kepada EA Sports iaitu KONAMI terus mengambil kesempatan dengan menunjukkan hasil wajah Franck Ribery pada permainan PES 20.
Hey Franck! Do you know who this guy is? 😉 pic.twitter.com/f6HfiH8DZ9
— eFootball PES (@officialpes) October 17, 2019
Akibat digegar oleh Ribery di media sosial, EA Sports segera memperbaiki kelemahan mereka.
Dan nampaknya EA Sports dengan rasa bersalah dan penuh tanggungjawab akan memperbaiki perkara itu secepat mungkin.
Ribery merupakan salah seorang mereka yang akan diperbaiki wajahnya dalam kemaskini terbaru FIFA 20 selepas ini.
FIFA menyatakan ada beberapa kelewatan dalam proses wajah pemain kerana isu ‘scan’ pemain yang terlalu ramai.
Daripada 37 pemain yang akan diperbaiki wajah mereka, pemain Ajax adalah yang paling ramai.
Perkara itu diumumkan oleh FIFA 20 dan dimuat naik oleh twitter Career Mode Stars.
Bintang muda bernilai €120 juta, Joao Felix turut menjadi mangsa wajah pelik dalam FIFA 20, dan nama beliau juga antara yang akan menerima kemaskini wajah dalam kemaskini terbaru ini.
Bintang Real Madrid, Thibaut Courtois dan Marcelo juga akan dikemaskini lagi wajah mereka.
37 new faces coming to #FIFA20!
Credit: @FCB175 pic.twitter.com/Lad1SXFeuV
— CareerModeStars (@CareerModeStars) October 29, 2019
Franck Ribery kini bermain dalam Serie A untuk Fiorentina. Beliau menamatkan karier gemilang beliau di Bayern Munich musim lalu. Ribery menyertai Fiorentina secara percuma.
Tidak seperti Arjen Robben, Franck Ribery masih mahu bermain di peringkat tertinggi di dalam kariernya.
Fiorentina kini berada di tempat kelapan Serie A. Mereka dalam misi untuk mara ke kejohanan Eropah pada musim hadapan.