Duvan Zapata Beri Amaran Kepada Barisan Pertahanan Liverpool

Atalanta sudah memberi amaran tegas kepada Liverpool bahawa mereka akan mengaibkan skuad the reds di Itali dalam saingan liga Juara-juara nanti.

Juara premier league dan FIFA Club World Cup musim lalu itu dalam rangka persiapan untuk menghadapi perlawanan ketiga mereka di peringkat kumpulan dalam saingan pada musim ini.

Liverpool bakal berdepan dengan Atalanta pada awal pagi esok dalam misi untuk memperoleh kemenangan buat kali yang ketiga berturut-turut.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kini dua mata dihadapan pasukan dari Itali itu selepas mereka berjaya menewaskan Ajax dan FC Midtjylland sebelum ini.

Menurut statistik, Atalanta merupakan saingan yang terkuat untuk Liverpool hadapi dalam peringkat kumpulan D selepas apa yang mereka persembahkan musim lalu.

Musim lalu, Atalanta menamatkan saingan Serie A dengan berada di kedudukan ketiga dengan menjaringkan 98 gol, yang mana catatan tersebut merupakan antara yang tertinggi dalam sejarah liga selama tempoh 60 tahun.

Penyerang handalan Atalanta, Duvan Zapata percaya bahawa barisan pertahanan Liverpool bakal menghadapi ujian berat dalam perlawanan awal pagi esok.

“Ianya tidak akan menjadi satu perlawanan yang mudah untuk mereka.”

Jelas pemain kebangsaan Colombia itu.

“Mereka memenangi liga Juara-juara dua tahun lalu dan premier league pada musim lalu, jadi ini perlawanan peringkat antarabangsa yang besar untuk kami.”

“Tetapi ianya juga akan menjadi tugas yang berat juga untuk barisan pertahanan mereka kerana kami mempunyai kualiti dan kami pasti akan ada kesempatan.”

“Kami boleh lukakan mereka sekiranya kami berjaya dapatkan rentak permainan kami.”

“Mereka tahu bagaimana kami menyerang dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk bermain dengan lebih tertib ketika kami menyerang mahupun ketika kami bertahan.”

“Barisan serangan kami perlu lebih hebat dari yang mereka miliki dan pastinya lebih menarik andai kami memenangi perlawanan tersebut.”

Liverpool kini kehilangan khidmat beberapa pemain pertahanan ekoran dari dibelenggu masalah kecederaan dan Zapata turut menambah:

“Ianya tidak menjadi masalah sekali pon seandainya mereka ada semua pemain itu. Saya tahu mereka akan membawa barisan pemain berpengalaman ke sini esok.”

“Esok kami akan turun berdepan dengan pasukan yang sungguh kuat jadi ianya perlawanan yang penting untuk kami. Kami akan memainkan satu perlawanan yang sangat sangat penting.”

Atalanta musim lalu telah bertemu Manchester City di peringkat dan kejohanan yang sama, mereka tewas 5-1 di Etihad dan seri 1-1 untuk perlawanan timbal balik.

Menurut pengurus Atalanta, Gian Piero Gasperini, beliau telah menyatakan bahawa:

“Kedua-dua Liverpool dan Manchester City adalah dua pasukan yang sungguh hebat, dan ini merupakan kesempatan yang baik untuk kami, dapat bertemu dengan pasukan terhebat dunia dan anda semua boleh lihat bertapa berdaya saingnya kami nanti.”

“Selepas perlawanan bertemu City, kami banyak menimba pengalaman, pengatahuan dan kemampuan. Kesemuanya sangat membantu kami untuk baki musim lalu. Kami juga peroleh satu mata dan dalam dunia bola sepak, bukan selalu pasukan hebat itu menang.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.