Duta Thailand Minta Indonesia Jaga Keselamatan Pemain Dan Penyokong Mereka

Duta Besar Thailand untuk Indonesia, Songphol Sukchan, memohon agar pemerintah Indonesia memberikan perlindungan sebaiknya kepada penyokong dan pasukan kebangsaan Thailand.

Ini selepas insiden keganasan penyokong ketika aksi Indonesia dan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karni.

Thailand akan berhadapan dengan Indonesia di SGBK untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 pada hari ini.

Sukchan memberitahu pegawai pasukan Thailand, bahawa pihak kedutaan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia. Ini bagi mengelakkan ada insiden tak diingini berlaku.

Indonesia sebelum ini sudah meberikan jaminan bahawa, kawalan keselamatan akan diperketatkan.

Sukchan berkata: “Saya gembira, berkesempatan menyambut pasukan kebangsaan Thailand. Saya berharap pasukan kita (Thailand) akan menang ke atas Indonesia pada 10 September ini.”

“Ada 2 perkara penting yang kami sudah lakukan.”

“Pertamanya, kami sudah mengirim surat rasmi kepada Menteri Olahraga Indonesia, meminta beliau untuk menjaga keselamatan atlet Thailand dan para penyokong Thailand.”

“Jangan sesekali biarkan apa pun terjadi, seperti yang dialami oleh Malaysia.”

“Keduanya, ini hanyalah cadangan. Kedutaan akan menyediakan bas khas anda berlaku perkara yang tak diingini. Kami akan mengumpulkan para penyokong Thailand, dan membawa mereka menaiki bas, keluar daripada stadium.”

“Seterusnya kami berharap Indonesia dapat memberikan kawalan keselamatan kepada atlet dan penyokong kami.”

“Pada pandangan saya, Indonesia mungkin dah belajar daripada apa yang berlaku dalam perlawanan menentang Malaysia. Mereka belajar apa yang harus diperbaiki. Ini termasuk langkah-langkah keselamatan yang menepati piawaian FIFA.”

“Jika tidak, kemungkinan mereka akan dihukum ataupun mempengaruhi usaha mereka dalam membida mahu menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak yang lain.”

Sumber:

Detik Sports

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.