Norwich City mengesahkan bahawa mereka menandatangani Ondrej Duda dari kelab Jerman, Hertha Berlin.
Ianya dianggap perpindahan yang mengujakan oleh pengurus Norwich, Daniel Farke yang sebelum ini tidak berbelanja besar untuk menambah pemain sebagaimana pasukan yang baru naik, yang lain.
Ondrej Duda akan bermain di Norwich City sebagai pemain pinjaman untuk baki musim ini.
Duda merupakan pemain yang hebat di Hertha Berlin. Pada musim lalu, beliau berjaya merekodkan 11 gol dan 6 assist di Bundesliga.
Namun pemain berusia 25 tahun itu sudah tidak bermain di Bundesliga sejak Disember lalu. Jadi , perpindahannya ke Norwich diharap akan dapat mengembalikan semula sentuhannya.
We are delighted to confirm the signing of Ondrej Duda on a six-month loan deal from Hertha Berlin! 🙌
— Norwich City FC (@NorwichCityFC) January 12, 2020
Pemain dari Slovakia itu dijangka akan terus terlibat dalam aksi pasukan utama Norwich City pada hujung minggu ini.
Norwich yang kini berada hanya lapan mata di atas zon penyingkiran mahu memastikan mereka akan dapat kekal di Liga Perdana Inggeris.
Duda dalam kenyataannya berkata: “Saya akan buat yang terbaik. Namun benda pertama yang saya perlu lakukan adalah, untuk mendapatkan rentak dan menyesuaikan diri dengan pasukan dan liga ini.”
“Saya berharap kita akan dapat mendapat beberapa mata, langkah demi langkah. Pada akhir musim nanti, saya harap semua orang akan bergembira.”
Duda menyatakan beliau bercakap terus dengan Daniel Farke sebelum ini. Hati dia terus tergerak untuk bekerjasama dengan pengurus itu.
Lalu, Duda meminta agar pasukannya mempercepatkan urusan perpindahannya ke Norwich City.
“Saya bercakap denganc coach Daniel Farke beberapa hari lalu tentang kemungkinan perpindahan ini boleh berlaku. Dan saya memutuskan saya mahu datang ke sini.”
“Saya meminta perjanjian ini disegerakan dan saya ketika ini sangat gembira untuk berada di sini.”
“Alasan utama saya mahu ke sini, Norwich City adalah kelab yang baik. Seterusnya, faktor Liga Perdanan Inggeris dan situasi di kelab lama saya.”
“Itu yang menjadi sebab saya mahu menukar kelab.”
💬 “There was some interest from other clubs but I think I’m still young. I still like challenges and I’m happy to be here."
Read Ondrej Duda's first interview ⬇️
— Norwich City FC (@NorwichCityFC) January 12, 2020
“Coach Daniel Farke bercakap jujur dengan saya. Beliau memberitahu saya apa yang ada di sini dan situasi yang sedang berlaku.”
“Apabila beliau bercakap, saya jelas dengan apa yang diterangkannya. Dan sebab itu saya tak teragak-agak untuk datang ke sini.”
Pengurus pasukan Norwich, Daniel Farke menganggap ini merupakan perpindahan yang memberikan kebaikan kepada semua pihak.
“Ianya perjanjian yang memberikan manfaat kepada semua. Kami membawa pemain yang boleh bermain di posisi nombor sepuluh dan bermain di bahagian saya.”
“Beliau pemain yang boleh mencipta gol dan juga menjaringkan gol di peringkat tertinggi.”
“Kita akan tengok lepas ni, secepat mana dia boleh beradaptasi dengan pasukan ini. Namun kami berharap beliau akan memberikan kami opsyen terbaik untuk mengharungi separuh kedua musim ini.”
🤩 D U D A 🤩 pic.twitter.com/RebqVYZvDb
— Norwich City FC (@NorwichCityFC) January 12, 2020
Ondrej Duda kini akan bergandingan dengan pemain handalan seperti Teemu Pukki dan Alexander Tettey di dalam pasukan Norwich.
Beliau gembira dengan kejayaan memeterai perjanjian ke kelab EPL. Pemain berusia 25 tahun itu sudah tak sabar untuk mempamerkan aksinya di atas padang.
Duda sudah pun memulakan sesi latihan bersama dengan pasukan baharunya Norwich City.