Dua orang peminat bola sepak Korea Selatan akhirnya mendapat pembelaan apabila dibeikan pampasan kerana tidak dapat melihat Cristiano Ronaldo beraksi dan terlepas peluang untuk beramah mesra bersama bintang Portugal itu.
Tahun lalu gergasi Italy Juventus beraksi di Korea Selatan dalam aksi pemanas badan pra musim berhadapan dengan pasukan yang menghimpunkan Bintang K-League di World Cup Stadium di Sangam-dong, Seoul.
Cristiano Ronaldo telah menghampakan peminat bola sepak Korea Selatan apabila tidak turun beraksi dalam perlawanan tersebut dan diboo serta diejek oleh peminat sepajang perlawanan.
Juventus and TheFasta (agency) didn't manage the situation well. Lost many fans that night.
The most hated club in Italy and South Korea pic.twitter.com/x28ge7VQMP
— satub (@SatubBagus) July 29, 2019
Ronaldo dilaporkan akan bertemu peminat dan bermain selama 45 minit dalam perlawanan ini namun itu semua tidak berlaku kerana Ronaldo kelesuan.
Seorang peguam di Korea Selatan telah membuat tuntutan supaya Juventus membayar pampasan sebanyak €50 Juta kerana tidak menurunkan bintang pujaan dan idaman ramai Cristiano Ronaldo dalam perlawanan itu.
Menurut media Korea Selatan, Juventus tiba 5 jam sebelum perlawanan dan tidak menghadiri sesi bersama peminat selepas 12 tahun mereka menunggu.
Liar Ronaldo @Cristiano
Fraud Juventus @juventusfc
Never come back to Korea !!!!! https://t.co/Eqc14HLCUg— 훈데르트 봤어? (@resonance486) July 27, 2019
Juventus juga telah tiba lewat di stadium selepas waktu sepak mula dan memaksa perlawanan ditangguhkan sejam dan Ronaldo tidak bermain.
Ronaldo juga tidak bermesra dengan dan terus meninggalkan stadium. Kau dah maki ejek dan boo sepanjang perlawanan nak suruh orang bermesra.
Peguam Mahu Saman Juventus
KFA (Korean Football Confederation) mengesahkan ada perjanjian khas dalam jelajah Juventus ke Korea Selatan, di mana Cristiano Ronaldo akan bermain sekurang-kurangnya 45 minit.
Selepas kecaman daripada KFA, kisah ini tidak lagi berakhir apabila seorang peguam bernama Kim Min-ki menuntut si Perempuan Tua membayar pampasan sebanyak €50 juta.
What @juventusfc did
– Arrived in Korea 5 hours before the game
– C. Ronaldo didn't attended a fan meeting
– Arrived at the stadium after 8pm (kick-off time)
– The Game was delayed an hour
– C. Ronaldo didn't play (He has no injury)
– left the stadium without greeting crowds— Korea Football News (@KORFootballNews) July 27, 2019
Kos ganti rugi ini meliputi harga tiket ditambah dengan ‘Kesengsaraan Mental’ yang dihadapi oleh semua 60,000 mereka yang hadir ke stadium ekoran kegagalan Juventus menurunkan Cristiano Ronaldo.
Jumlah €50 juta ini berdasarkan nilai setiap tiket yang berharga €52.40 dan dan komisen tiket €0.77 ditambah dengan nilai €760 untuk setiap peminat yang mengalami kerana mengalami kesengsaraan mental.
Pampasan Dibayar
Selepas 6 bulan kejadian tidak diingini ini terjadi maka hanya dua orang peminat bola sepak Korea Selatan yang merasakan mereka tertipu mendapat pembelaan.
Mereka berdua telah mengemukakan saman kepada penganjur perlawanan bukan Juventus dan Mahkamah Daerah incheon yang terletak di barat Seoul telah membuat keputusan.
SEOUL, Feb 4 (Reuters) – Two South Korean soccer fans who sued the match organiser after Cristiano Ronaldo failed to play in a friendly during Juventus's pre-season tour in Seoul last year are entitled to compensation, a court ruled on Tuesday.
— Vincent Lee (@Rover829) February 4, 2020
The Fasta Inc selaku penganjur telah diarahkan untuk membaya pampasan tersebut selepas mereka mengemukan saman kepada penganjur yang gagal itu.
Reuters: A district court in Incheon, west of Seoul, ordered the local agency that organised the match, The Fasta Inc, to pay 371,000 won ($312) to both fans listed in the lawsuit.
— Vincent Lee (@Rover829) February 4, 2020
Dua orang peminat bola sepak Korea Selatan telah diberikan pampasan sebanyak 371,000 won (£286);
71,000 won (£46) – Harga Tiket Perlawanan
300,000 won (£196) – Kesengsaraan Mental
Pada julai lalu Kim Min-ki berkata hampir 2,000 orang peminat telah menghubungi beliau untuk membuat saman dan kini hanya dua orang sahaja mendapat pampasan.