Berdasarkan merit, pasukan Kedah adalah pasukan yang mengiringi pasukan JDT untuk ke Piala AFC. Namun apa yang berlaku, Kedah telah gagal menepati piawaian untuk lesen AFC.
Sebelum ini pihak FMLLP memberitahu semua pihak harus menunggu keputusan FAM. Tetapi wakil AFC, Datuk Windsor Paul memberitahu yang pengagihan slot itu adalah di tangan FMLLP.
KFA vs FMLLP
Berlaku beberapa drama di antara FMLLP dan KFA tentang isu ini. Pihak KFA mengakui mereka sebelum ini agak sambil lewa dalam hal ini.
FMLLP dalam kenyataan rasmi mereka sebelum ini memberitahu KFA telah diberikan peluang kedua untuk mengemukakan segala butiran yang diperlukan namun mereka masih gagal berbuat demikian.
AFC berpuas hati dengan penilaian FMLLP tentang kegagalan pasukan Kedah untuk mendapatkan slot Piala AFC 2018. Lalu, tidak lama selepas itu FMLLP telah memberikan slot itu kepada pasukan Pahang.
FMLLP dan FAM telah mengeluarkan satu kenyataan media bersama tentang isu ini dan mereka menggariskan. Antara kenyataan mereka:
“Berhubung isu Kedah, sudah jelas dan nyata yang hanya kelab-kelab yang memenuhi kriteria ditetapkan dalam peraturan mengikut tarikh akhir yang telah ditentukan oleh FAM akan diberikan lesen (AFC dan kebangsaan).”
“Oleh itu, hanya dokumen-dokumen yang dimuat naik dalam Sistem Pentadbiran Pelesenan Kelab AFC (CLAS) sebelum tarikh ditetapkan First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM akan diteliti bagi memastikan lesen diberikan adalah benar-benar tepat.”
“Sehingga tarikh berkenaan, Kedah tidak menghantar penyata kewangan beraudit mereka yang merupakan kriteria wajib. AFC juga jelas menyatakan bahawa tiada dokumen luar dari sistem CLAS yang boleh dipertimbangkan.”
“Ini bermakna, dengan tarikh akhir ditetapkan sistem CLAS dan tarikh FIB bersidang sudah dilewati, tiada pasukan dibenarkan untuk memuat naik apa juga dokumen tambahan.”
“Badan Rayuan (AP) Pelesenan Kelab FAM memilih untuk menerima penyerahan lewat penyata kewangan diaudit oleh Kedah bagi memberi mereka ruang untuk dipertimbangkan bagi mendapatkan lesen kelab di peringkat kebangsaan.”
“Perkara ini dibenarkan kerana dalam peraturan tersebut terdapat pengecualian boleh dibuat dalam pemberian lesen kebangsaan.”
FMLLP dan FAM merasakan adalah tidak wajar kerana mereka jelas sekali melanggar syarat penting. FMLLP-FAM mahu memastikan tiada isu berbangkit selepas ini. Mereka juga memberitahu KFA sudah diberikan banyak peluang tetapi gagal menggunakan peluang yang ada sebaiknya.
Pahang ‘Tolak’ FMLLP
FMLLP kemudian memberikan slot kepada Pahang adalah kerana pasukan Pahang adalah finalis Piala FA 2017. Pahang antara pasukan yang sudah lulus dan memiliki lesen AFC.
Tetapi apa yang berlaku Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang telah menolak pemberian slot itu.
Mereka mengakui menerima surat daripada FMLLP bertarih 14 November. Pahang menolak peluang itu kerana mereka mahu fokus kepada bola sepak domestik pada musim hadapan.
https://www.facebook.com/OfficialPhgFA/photos/a.667734356620595.1073741832.637712612956103/1635420446518643/?type=3&theater
Difahamkan juga PBNP telah membuat persediaan dari segi budget hanya untuk kejohanan domestik setelah mereka gagal mendapatkan slot tersebut secara merit sebelum ini.
Siapa Akan Iringi JDT?
Persoalannya kini, pasukan mana yang akan mengiringi pasukan JDT. Dan jika JDT mara ke AFC Champions League, pasukan mana akan bermain di Piala AFC
Adakah satu slot Piala AFC yang diberikan kepada Liga Malaysia akan dimansuhkan pada kali ini?