Douglas Luiz Meroyan Berkait Insiden Penalti Yang Dimenangi Paul Pogba

Douglas Luiz kecewa dan bengang dengan keputusan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Paul Pogba dalam kemenangan 2-1 United menewaskan Aston Villa.

Pengadil perlawanan mendakwa beliau mengasari Pogba dan kerana itu sepakan penalti diberikan kepada United, dan Douglas merasakan beliau tidak percaya dengan keputusan pengadil perlawanan itu.

Perlawanan ketika insiden yang melibatkan Paul Pogba dan pemain kebangsaan Brazil itu sedang terikat dengan keputusan 1-1.

Douglas Luiz dikatakan telah mengasari Pogba dan penalti diberikan kepada United. Bruno Fernandes berjaya menyempurnakan sepakan tersebut lalu memberi United tiga mata penuh.

Douglas Luiz tidak menerima Keputusan itu dengan baik, lalu beliau telah berkongsi video berkait insiden tersebut di laman twitter miliknya.

Luiz menyatakan bahawa beliau tidak percaya VAR tidak melakukan sesuatu atas insiden tersebut dan pengurus pasukan Aston Villa, Dean Smith turut menyatakan bahawa Pogba sebenarnya tersadung kaki sendiri bukan dikasari.

“Saya lihat video ini, saya tidak percaya ia penalti, saya selalu menyokong keadilan dalam bola sepak, dengan kurangnya kesilapan, tapi selepas melihat pergerakan seperti ini, saya mahu berhenti.”

Jelas pemain berusia 22 tahun itu.

“Jika kita ada VAR untuk membantu, AYUH mula menggunakannya dengan BETUL, kesilapan ini penentu masa depan kelab.”

Douglas Luiz kemudian membalas ciapan beliau sendiri dengan memaparkan close-up insiden tersebut dengan menyatakan:

“Ini boleh menunjukkan dengan lebih jelas lagi.”

Tentunya tetap ada pertikaian tentang Pogba yang dikatakan tersadung kakinya sendiri dan menyebabkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada United.

Namun, dengan situasi mereka berdua yang terlalu rapat pada ketika itu, sukar sebenarnya untuk menentukan kebenaran berkait insiden tersebut.

“Saya fikir ia penalti ketika itu, tapi selepas saya lihat semula video tersebut dan melihat dia tersadung kakinya sendiri.”

Jelas Smith ketika temu bual selepas perlawanan.

Douglas Luiz turut berkongsi satu video yang memperlihatkan Pogba menyuruh Luke Shaw untuk merebahkan badan ketika dalam aksi babak kedua permainan.

Jadi, ia jelas membuktikan bahawa beliau sama sekali tidak gembira dengan perlawanan pada malam tersebut.

Manchester United kini mengikuti Liverpool sebagai pendahulu saingan liga dengan mengumpul 33 mata selepas 16 perlawanan.

Villa pula yang terselamat dari penyingkiran musim lalu telah mempamerkan kecemerlangan yang luar biasa hebat pada musim ini.

Selain mencipta sejarah membelasah Juara bertahan, Liverpool dengan keputusan 7-2, mereka kini berada di kedudukan enam teratas dalam saingan liga selepas bermain 15 perlawanan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.