Dortmund Tidak Akan Melepaskan Sancho Ke United Musim Panas Ini

Borussia Dortmund telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jadon Sancho tidak mungkin akan meninggalkan kelab pada musim panas ini walau Manchester United sememangnya mahukan beliau.

Bintang berusia 20 tahun itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada musim panas nanti.

Berita perpindahan beliau untuk sertai setan merah tersebar secara meluas dan ada yang mengatakan bahawa kesepakatan antara kedua-dua pihak juga sudah dimuktamadkan.

Kebanyakkan peminat setan merah sangat teruja untuk menanti pengumuman rasmi tentang perpindahan Sancho ke United.

Walau bagaimanapun, menurut laporan dari Jan Aage Fjortoft, Dortmund telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mahu tetap menyimpan Sancho dan bintang muda itu tidak akan meninggalkan Jerman musim panas ini.

Menurut penulis dari Norway tersebut juga, beliau mendedahkan bahawa United masih lagi berminat untuk melakukan bidaan rasmi bagi menandatangani Sancho.

Beliau turut menambah bahawa ramai yang tidak tahu perancangan terkini United dalam memburu untuk menandatangani Sancho sedangkan Dortmund sudah membuat keputusan muktamad.

Dortmund sendiri sudah menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mendapatkan keuntungan dari penjualan Sancho sebaliknya mahu menyimpan saja pemain itu untuk menghadapi musim baharu nanti.

Manchester United juga sebelum ini menyatakan bahawa mereka mahu mendapatkan Piere Emerick Aubameyang dan Ousmane Dembele sebagai sasaran kelab untuk menggantikan Sancho.

Sancho kini tidak bersama pasukan untuk latihan pra musim dan Michael Zorc awal minggu lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sancho tidak akan dijual.

“Kami mempunyai rencana sendiri untuk Jadon Sancho musim baru nanti, keputusan sudah muktamad. Saya rasa itu sudah cukup untuk menjawab segala soalan berkaitan perpindahan beliau.”

“Musim panas lalu kami menilai gaji beliau berdasarkan persembahan yang dipamerkan. Berdasarkan kesepakatan, kami akan melanjutkan kontrak beliau sehingga 2023.”

Jelas Zorc tentang Sancho.

Pemain midfield Dortmund, Axel Witsel turut meyakinkan bahawa Sancho akan terus kekal di Signal Iduna Park lebih lama lagi dari yang dijangkakan.

“Dia kekal dan kami semua turut gembira tentang itu.”

Jelas bintang Belgium itu kepada Sky Sports.

“Tahun lalu dan tahun pertama ketika saya datang, dia merupakan pemain paling penting dalam sistem serangan kelab.”

“Ini merupakan berita yang sangat menggembirakan, setidaknya satu musim lagi dapat bermain bersamanya sudah cukup membahagiakan.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.