Dortmund Keliru Dan Anggap Strategi Perpindahan Man Utd Cacamarba

Nampaknya kisah masalah perpindahan pemain di Manchester United ada kisah baharu yang menyebabkan Borussia Dortmund bingung dengan kehendak kelab Inggeris itu.

Menurut ESPN, Manchester United telah melakukan permintaan untuk melakukan pinjaman pemain menjelang tarikh tutup jendela perpindahan.

Kelab tersebut dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain bek sayap, Nico Schulz. Bagaimana pun, Manchester United dikhabarkan hanya sanggup membayar €1 juta untuk yuran perpindahan walaupun akan membayar penuh gaji pemain itu.

Bidaan untuk pinjaman yang datang secara tiba-tiba dari Manchester United ini menyebabkan mereka di Borussia Dortmund mempersoalkan ‘kewarasan’ pasukan rekrut dan pemantau bakat kelab England itu.

Dan seperti yang dijangka, kelab Bundesliga tersebut turut menolak mentah-mentah bidaan dari Manchester United untuk pemain berusia 27 tahun itu.

Apatah lagi Dortmund tidak pernah berniat untuk mengeluarkan Schulz dari skuad mereka selama ini. Bayaran berjumlah €1 juta yang ditawarkan oleh Man Utd dianggap oleh Dortmund sebagai kelakar, dan pada masa yang sama membingungkan.

Ini bukan satu-satunya rundingan membabitkan kedua-dua kelab yang menemui jalan buntu.

Drama Man Utd cuba mengejar tandatangan Jadon Sancho telah menghiasai dada akhbar sejak 10 bulan yang lalu.

Bagi ramai kegagalan Man Utd membawa masuk Sancho adalah disebabkan oleh kelemahan Ed Woodward.

Bagi pihak Dortmund, ia satu lagi perkara yang membingungkan mereka. Kelab Jerman itu telah menuntut bayaran berjumlah £108 juta untuk pemain antarabangsa England itu.

Manchester United enggan memenuhi jumlah tuntutan tersebut, namun tetap kembali dengan bidaan yang tidak cukup.

Dan bagi Dortmund episod terbaru Man Utd cuba mendapatkan Schulz dengan bayaran £1 juta  membuatkan kelab Jerman itu hanya mampu menggeleng kepala kehairanan, dan pada masa sama bingung dengan apa yang berlaku di Old Trafford.

Schulz baru menyertai Hoffenheim pada musim panas lalu dan sejak dari itu bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Raphael Guerreiro.

Dortmund bagaimanapun tiada niat melepaskan pemain itu yang masih dipanggil untuk menganggotai skuad kebangsaan Jerman, dan bidaan saat akhir oleh United juga bermakna tiada masa untuk Dortmund mencari pengganti.

Kisah Sancho pula adalah kisah perpindahan yang tidak mempunyai penamat pada musim panas lalu.

Sumber mengatakan United melakukan bidaan pada hari terakhir jendela perpindahan namun ditolak dua kali oleh Dortmund.

Kali pertama ianya ditolak kerana berada di bawah nilai yang dipinta dan juga berlaku selepas tarikh tutup 10 Ogos yang ditetapkan oleh Dortmund.

Kali kedua, sekali lagi United dilaporkan melakukan bidaan yang tidak sama dengan jumlah yang dipinta oleh Dortmund walaupun lebih tinggi nilainya dari bidaan pertama.

Aktiviti perpindahan pemain oleh Manchester United pada musim panas ini dikritik oleh penyokong.

Pada masa yang sama United mampu mendatangkan Donny Van de Beek dari Ajax dengan nilai £35 juta yang dianggap nilai munasabah, Edinson Cavani secara percuma dan boleh membantu dari segi pengalaman yang dimiliki.

Namun kegagalan memperkuatkan bahagian pertahanan dengan hanya ketibaan Alex Telles membuatkan ramai bimbang setelah skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer dibelasah 6-1 oleh Spurs.

Solksjaer dikatakan tidak mendapat pemain yang beliau mahukan pada musim panas ini.

Selain Sancho, Jack Grealish dan Erling Haaland adalah antara pemain yang dipinta oleh Solksjaer namun kelemahan United di jendela perpindahan bermakna pemain-pemain ini tidak akan ke Old Trafford.

Kegagalan mendapatkan Haaland misalnya hanya kerana Woodward berdegil enggan membayar klausa berjumlah £17 juta kepada Salzburg pada Januari lalu.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.