Bekas doktor pasukan gimnastik Amerika Syarikat (AS), Larry Nassar telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga 175 tahun. Kecoh dunia sukan dengan pengakuan 160 atlet gimnastik AS melaporkan diri mereka dicabul oleh Nassar.
Hakim telah menolak permohonan maaf oleh Larry Nassar. Nassar berkata keputusan itu terlalu berat dan dia akan hidup dalam kegelapan untuk seumur hidup.
Nassar mengakui bersalah dalam 10 kesalahan serangan seksual ke atas waninta dari pelbagai usia termasuk gadis belasan tahun termasuk atlet olimpik.
Sebelum ini, Larry Nassar sudah pun dijatuhi hukuman 60 tahun penjara kerana kaitan dia dengan pornografi kanak-kanak. Di AS, Larry Nassar digelar Sex Monster/Predator oleh mangsa dan media.
Hakim Rosemarie Aquilina dengan wajah tegas berkata: “Saya baru sahaja menandatangani waran mati anda.”
“Saya berbesar hati mendengar adik-beradik itu terlepas daripada pedofil, dan saya turut berbesar hati untuk mengumumkan perintah hukuman kepada kamu.”
“Sebabnya tuan, anda tidak layak lagi untuk berjalan di luar penjara lagi selepas ini untuk seumur hidup anda.”
Rosemarie kemudian mengakhiri kata-kata beliau dengan berkata:
“Anda masih belum menerima balasan di atas perbuatan anda. Dan saya tidak akan pernah menghantar anjing saya sekalipun berjumpa kamu.”
To Judge Aquilina : THANK YOU, YOU ARE MY HERO
&
Shout out to all of the survivors for being so brave & speaking like the queens that you are while looking at that monster. He will no longer have the power to steal our happiness or joy. I stand with every one of you 💛 pic.twitter.com/b5SMmjZgeW
— Simone Biles (@Simone_Biles) January 24, 2018
Perbicaaran itu telah melibatkan ramai saksi dan mangsa yang tampil. 156 mangsa menceritakan detik hitam berhadapan dengan sikap gila seks Nassar. Setiap mangsa Nassar dibenarkan bercakap di mahkamah.
7 hari sesi testimoni berlangsung. Nassar kemudian menyatakan yang dia berasa kesal, malu dan hampir pitam mendengar hukuman serta cerita mangsanya.
Nassar berkata di mahkamah:
“Apa yang saya rasa sekarang, saya rasa nak pitam, saya rasai kesakitan, trauma dan kehancuran emosi di atas semua yang kamu semua lalui.”
“Tiada kata-kata lagi saya mampu gambarkan, dari hati saya yang paling dalam, saya nak anda semua tahu betapa menyesalnya saya dan mahu meminta maaf di atas apa yang terjadi.”
Dalam 7 hari sesi pendengaran di mahkamah, mangsa dari kem gimnastik AS menceritakan modus operandi Larry Nassar. Nassar akan mengambil kesempatan ke atas atlet yang tercedera dan perlu menjalani rawatan susulan.
Antara yang tampil adalah Aly Raisman yang turut pernah menjadi mangsa. Gimnas kebangsaan AS ini tampil dengan berani untuk menyokong mangsa lain. Aly Raisman sendiri tampil memberikan kenyataan. Keberanian Raisman dipuji.
Raisman antara sebab kes ini mendapat perhatian lebih ramai pihak berbanding sebelum ini.
Di dalam kesakitan mereka, Nassar akan mencabul mereka dan mengambil kesempatan atas nama prosedur perubatan.
Ketika di mahkamah, mangsa-mangsa Larry Nassar memandang dia dengan penuh kebencian dan marah. Ramai mangsa Larry yang mengalami trauma teruk dan kemurungan kerana memendam apa yang pernah berlaku.
Sebelum ini, Nassar mendakwa gadis-gadis itu hanyalah menipu dan cuba mengambil kesempatan untuk mendapat perhatian dan wang saman. Nassar ketika itu berkata kepada mahkamah:
“Saya seorang doktor yang baik kerana hasil perubatan saya berkesan dan semua bekas pesakit itulah yang selalu datang kepada saya dahulu mengucapkan terima kasih dan memuji rawatan saya.”
Namun kemudiannya, semakin ramai tampil mendakwa Nassar memang seorang iblis yang bertopengkan manusia. Selepas hukman dibacakan, mangsa Larry Nassar bertepuk tangan berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kepada dia.
MSU Seperti ‘Merestui’ Perbuatan Nassar
Pada 2014, Larry Nassar digantung 3 bulan daripada tugasan di Michigan State University (MSU) kerana siasatan kes cabul oleh Nassar dalam siasatan.
Namun Nassar terus melakukan tugasan dia dengan bertemu pesakit dia di luar premis kerja. Akhirnya pada 2016, akhbar Indianapolis Star melaporkan tentang salah laku itu.
Dia mempertahankan dirinya dengan alasan orang cuba menjatuhkan reputasinya.
Pada tahun 2017, Larry Nassar ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mencabul kanak-kanak. Dan tidak lama selepas itu, Larry Nassar dijatuhkan hukuman penjara oleh hakim kerana menyimpan gambar kanak-kanak yang dicabulnya di dalam komputer peribadinya.
Rachael Denhollander, mangsa pertama yang tampil membongkar perangai iblis Nassar telah mengutuk MSU kerana tidak tegas dalam hal itu. Rachael dicabul Nassar ketika berusia 15 tahun. Rachael berkata:
“Tiada siapa nak dengar kerana mereka (MSU) tak nak mendengarnya walaupun sudah beberapa orang mangsa mengadu kepada MSU.”
“Magsa di’diam’kan, dipengaruhi, diberitahu mereka sedang menerima rawatan dan terus berjumpa dengan dia untuk dicabul.”

“Ini adalah contoh di mana satu institusi mencipta budaya membenarkan ‘predator’ terus bermaharajalela.”
“Saya mengalami trauma teruk dan mengambil rawatan untuknya sampailah saya sudah ada 3 orang anak sekarang.”
Ibu bapa mangsa ramai yang menitiskan air mata mendengarkan pengakuan mangsa yang terdiri daripada anak-anak mereka.
Selepas kritikan demi kritikan diterima ke atas MSU, Presiden mereka, Lou Anna Simon telah meletak jawatan. Selepas ini MSU akan berhadapan dengan siasatan badan bebas mewakili US Olympic Committee (USOC) dan ia sudah diluluskan pihak berkuasa.
Selamat ke penjara Larry Nassar!