Akibat tidak berpuas hati dengan laporan beberapa media di Itali yang menuduhnya gemuk, Romelu Lukaku telah memuat naik selfie tanpa baju.
Tancredi Palmeri dari BeIn melaporkan, Lukaku tiba di Inter Milan dengan berat badan 104 kg. Inter akan memulakan kempen liga menentang Lecce minggu hadapan. Laporan yang sama menyatakan Lukaku tidak akan diberikan tempat dalam kesebelasan utama selagi-lagi beliau membawa lemak berlebihan di badannya.
Antonio Conte meminta Lukaku menurunkan berat badan sekurang-kurangnya kepada 100 kg untuk membolehkan beliau menjadi pemain utama. Selagi-lagi beliau gagal menurunkan berat badannya, Lukaku tidak akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Akibat kecewa dengan laporan akhbar tersebut, Lukaku telah memuat naik gambar Selfie di Instagram beliau yang menunjukkan bentuk badannya, dengan six packs. Ia ditambah dengan kapsyen: “Boleh tahan untuk seorang budak gemuk.”
Lukaku turut meletakkan emoji jari tengah ditujukan kepada pembenci beliau.
Lukaku dibeli oleh Inter Milan dari Manchester United dengan harga sekitar £74 juta. Beliau menjaringkan 4 gol dalam aksi persahabatan sebelum ini.
Antonio Conte menyuarakan keyakinan beliau bahawa pemain itu akan meledak di Serie A.
Romelu Lukaku to all the haters. Not an ounce of fat on him #FCIM pic.twitter.com/tj7EfpKIiG
— Scot Munroe (@scot_munroe) August 17, 2019