Bruno Fernandes telah memberikan respon kepada Jose Mourinho yang sebelum ini pernah berbicara secara menyindir mengenai jumlah sepakan penalti yang disempurnakan oleh pemain tengah Manchester United itu.
Setelah berhijrah ke Old Trafford dari Sporting CP pada Januari lalu, Fernandes telah menjaringkan 12 gol ddi semua pertandingan, selain turut menghasilkan 8 assist untuk mengubah prestasi Manchester United 350 darjah.
Lapan daripada gol tersebut bagaimanapun datang dari sepakan penalti, dimana Fernandes merekodkan 100% sepakan penalti sempurna sejak 2018 – termasuk 1 penalti ketika menentang skuad kendalian Mourinho, Spurs pada Jun.
Sebulan selepas perlawanan tersebut, Mourinho dengan sarkastiknya menyindir rakan senegaranya itu.
José Mourinho: "Bruno [Fernandes] came in, was fit, played very well, improved the #mufc team and also proved to be a great penalty taker, one of the best in the world, because he had about 20 to score." #mulive [record, @Sport_Witness]
— utdreport (@utdreport) July 29, 2020
Bercakap kepada media di Portugal, Sport Witness, Mourinho berkata: “Bruno tiba [di Man United] sebagai pemain yang sangat cergas, telah beraksi dengan baik, dan menambah baik pasukan United, dan dia membuktikan dirinya sebagai salah seorang pengambil sepakan penalti terbaik dunia. Ini kerana dia berpeluang untuk menyempurnakan sehingga 20 penalti.”
[Petikan di atas, sila baca dengan nada Mourinho]
Dalam satu temubual berasingan baru-baru ini, Fernandes telah ditanya mengenai komen dari Mourinho itu terhadap dirinya.
“Jujurnya saya tidak terasa pun. Malah saya berpendapat saya memang hebat dalam menyempurnakan sepakan penalti dan ianya tidak lebih dari itu,” kata Fernandes kepada A Bola.
“Saya faham [sindiran Mourinho], tetapi saya mengambil kata-kata itu dengan baik kerana saya seorang yang sangat positif, dan beliau berkata saya menyempurnakan penalti dengan baik.
“Itu adalah realiti. Sekurang-kurangnya saya tidak pernah gagal menyempurnakan penalti sejak tiba di Manchester United. Tidak satu pun yang gagal setakat ini, dan saya berharap saya tidak akan gagal juga selepas ini.
Bruno Fernandes equals the Europa League record for the most penalties scored in a single season 🙃 pic.twitter.com/rn4VvGHPzu
— B/R Football (@brfootball) August 10, 2020
“Saya hanya pernah terlepas dua penalti, satu ketika bersama Udinese menentang Napoli dan satu lagi dalam perlawanan Piala Portugal menentang Loures.”
Penjaga gol terakhir yang berjaya menyelamatkan sepakan penalti oleh Bruno Fernandes ialah Miguel Soares yang beraksi bersama Loures pada Oktober 2018.
Penjaga gol yang kini merupakan seorang penasihat hartanah itu pernah mendedahkan kunci untuk menafikan Bruno Fernades ketika mengambil sepakan penalti.
Rahsianya ialah untuk mengawal keadaan dan memaksa Fernades untuk membuat keputusan lewat sebelum sepakan.