Marouane Fellaini akhirnya memberikan respon beliau tentang berita yang mengaitkan beliau bakal bergabung semula dengan Jose Mourinho.
Sebelum ini, laporan di England menyatakan Fellaini merupakan sasaran utama Mourinho untuk dibawa masuk ke Spurs.
Dan Mourinho sudah menghubungi pemain itu menyatakan perkara itu kepadanya. Laporan tersebut juga menyebut Fellaini sangat berbesar hati dan terharu apabila mendapat tahu Mourinho masih menagih khidmatnya.
José Mourinho has made contact with Marouane Fellaini over a move to #thfc in January. The midfielder is his priority transfer target. | @lessportsplus pic.twitter.com/VD8kvJIE7S
— Daily Hotspur (@Daily_Hotspur) December 8, 2019
Ketika di Manchester United, Fellaini merupakan pemain penting untuk Jose Mourinho. Beliau sentiasa menjadi plan B yang sangat berkesan untuk Mourinho.
Dan Fellaini menjadi nadi utama Mourinho ketika membantu Manchester United menjuarai Liga Europa serta 1 piala domestik ketika di Manchester United.
Disiplin dan komitmen Fellaini adalah perkara yang sentiasa membuatkan beliau istimewa di mata Mourinho. Beliau pemain yang tidak pernah mengeluh untuk diletakkan di mana-mana posisi ataupun di bangku simpanan.
Fellaini memberitahu, beliau sentiasa berhubung dengan Jose Mourinho terutama sekali secara teks.
Namun Fellaini menyatakan beliau tidak memikirkan lagi soal untuk kembali semula ke EPL. Ini kerana beliau masih sayangkan China. Beliau masih selesa di negara tersebut.
“Jose sentiasa istimewa di hati saya. Kami sentiasa bermesej dengan satu sama lain. Kadangkala kami menelefon satu sama lain.”
Marouane Fellaini says he is still in contact with Jose Mourinho but happy at Shandong Luneng, following reports Tottenham would move for him. pic.twitter.com/Kz3gEQEN5M
— Jollof Sports (@JollofSports) December 13, 2019
“Sekarang beliau sudah mengambil alih tugas di Spurs. Saya percaya Jose akan melakukan tugasnya dengan sebaiknya. Saya doakan yang terbaik untuk beliau. Namun saya sekarang selesa dengan apa yang saya ada sekarang.”
Fellaini meninggalkan Old Trafford pada Januari 2019 untuk menyertai Shandong Luneng, selepas 5 tahun bermain di Old Trafford.
Beliau bermain cemerlang di Liga Super China. Ketika ini Fellaini mencatatkan 12 gol dan 5 assist bersama dengan Shandong Luneng.
Kontrak beliau yang ada sekarang akan berakhir pada Disember 2021 dengan ada klausa pilihan untuk kekal setahun lagi.
Mourinho masih mencari beberapa nama lain untuk menguatkan lagi pasukannya. Jika tidak pada Januari ini, ianya adalah untuk musim hadapan.
Selain daripada Fellaini, Mourinho juga dikaitkan dengan Gareth Bale. Penyokong Spurs sangat mengimpikan kepulangan semula Bale ke kelab mereka.
Gareth Bale's iconic performance at the San Siro. Simply incredible…😍🔥#THFC #COYS pic.twitter.com/CVojm3gxam
— The Spurs Web ⚪️ (@thespursweb) December 12, 2019
Bale sebelum ini bergaduh dengan Zinedine Zidane kerana isu masa depan. Pemain itu juga membuat hal baru-baru ini dengan banner kontroversi, Wales. Golf. Madrid.
Ia mengundang kemarahan penyokong Real Madrid.
Zidane dijangka akan menyisihkan Bale sekali lagi apabila pemain-pemain utama yang lain kembali cergas dan mendapat pemain baharu.
Oleh sebab itu ramai merasakan sasaran Mourinho untuk mendapatkan Bale di Spurs adalah realistik. Lagipun Bale ada hubungan yang sangat baik dengan para penyokong Spurs. Beliau adalah legenda di mata mereka.
Malah ketika di Man United lagi Mourinho sudah beberapa kali cuba mendapatkan Gareth Bale.