Seorang pemain bola sepak digantung daripada beraksi selepas bertindak mengigit kemaluan lawannya ketika satu inside pergaduhan selepas perlawanan.
Insiden mengaibkan itu berlaku pada November tahun lalu di timur Perancis, melibatkan perlawanan divisyen dua liga tempatan diantara Terville dan Soetrich.
Hukuman bagaimanapun hanya diumumkan oleh badan bola sepak terbabit pada Februari tahun ini. Ini bermakna mangsa perlu menunggu 4 bulan untuk menuntut keadilan.
Ketika perlawanan sedang berlangsung, pemain kedua-dua pasukan mulai terlibat dengan insiden tegang di atas padang. Insiden tersebut berlarutan sehingga selepas perlawanan.
Kemudian datang seorang pemain Terville cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut.
Footballer is suspended for FIVE years in France after biting opponent's PENIS during a matchhttps://t.co/xNelmpvlM2
— MailOnline Sport (@MailSport) February 19, 2020
Tidak cukup dengan itu, datang lagi seorang pemain Soetrich yang menyertai kumpulan pemain yang sedang bergasak sebelum akhirnya mengigit kemaluan pemain Terville yang cuba meleraikan pergaduhan itu sekuat hati.
Kecederaan yang dialami oleh pemain Terville yang tidak didedahkan ini amat teruk sehingga memerlukan 10 jahitan, dan memerlukan 4 hari cuti sakit. Mujur tidak putus.
Seperti kebiasaan sebuah jawatankuasa disiplin kemudiannya bersidang untuk memberikan justifikasi kepada insiden yang bergaduh.
Daily Mail melaporkan si penggigit kemaluan digantung darpada bermain selama lima tahun. Mangsa gigitan pula digantung selama enam bulan.
Menurut jurucakap Persatuan Bola Sepak Daerah Mosellan, Emannuel Saling yang mengendalikan pertandingan tersebut, kedua-dua pasukan harus bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
So, French Footballer Suspended for 5 Years for Biting Opponent's Penis https://t.co/m6AUWI3sal pic.twitter.com/PmPSYH6wvm
— Elisa (@TrulyTG) February 19, 2020
“Kejadian berlaku selepas perlawanan di kawasan parkir stadium. Terdapat perselisihan faham ketika perlawanan dan ia semakin teruk berlarutan selepas perlawanan,” kata Saling.
“Ianya agak jarang menghukum seseorang pemain selama bertahun lamanya [di Mosellan]. Biasanya 10 perlawanan setahun. Kes ini pelik, tetapi agak tegang. Kerana itu komiti disiplin hanya senyum sekejap sahaja.”
Pihak jwatankuasa komiti disiplin turut terpaksa memanggil pakar di dalam kes tersebut sebagai saksi.
Perlawanan dalam insiden yang berlaku pada November tahun lalu itu berakhir dengan keputusan seri 1-1, dan ia merupakan mata pertama Terville untu musim tersebut.
Terville kemudiannya dipotong sebanyak dua mata dan didenda 200 euro kerana gagal menyediakan langkah keselamatan sebagai pihak tuan rumah.