Diego Simone Terdiam Selepas Wisel Penamat – “Tiada Penjelasan Untuk Kekalahan”

Diego Simeone hanya mampu terdiam di kawasan teknikal pasukan selepas melihat pasukan kendaliannya tersingkir dari UEFA Champions League pada awal pagi nanti.

Kelab Sepanyol itu menjadi mangsa gol minit akhir oleh RB Leipzig yang berjaya mencuri kemenangan pada minit akhir melalui gol kemenangan Tyler Adam pada minit ke-88.

Simeone dikenali sebagai salah seorang pengurus bernama besar di dalam bola sepak Eropah. Rio Ferdinand ketika bertugas sebagai pundit di BT Sport menganggap pencapaian dan kemampuan Simeone sebagai luar biasa dan ‘gila’.

Namun setelah wisel penamat ditiup Estadio Jose Alvalade, Simeone hanya mampu terdiam tanpa kata-kata.

Kekecewaan akibat gol minit akhir Adam jelas sekali memberi kesan kepada pengurus dari Argentina itu. Malah Simeone kelihatan tidak berganjak dari posisi beliau di tepi padang sambil merenung jauh.

Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Atletico terlebih dahulu ketinggalan kepada gol jaringan Dani Olmo, yang menanduk masuk menewaskan Jan Oblak lima minit selepas babak kedua bermula.

Simone menarik nafas lega kemudiannya selepas percaturan memasukkan Joao Felix berjaya menghasilkan jaringan melalui sepakan penalti setelah bintang Portugal itu dijatuhkan oleh Lukas Klostermann.

Gol kemenangan oleh Adam dua minit sebelum tamat masa sebenar kemudiannya menghancurkan terus harapan Simone.

Kekecewaan Simone bagaimanapun tidak menghalang beliau untuk mengucapkan tahniah kepada Nagelsmann dan anak buahnya.

“Kami telah berikan segalanya yang kami ada,”kata beliau selepas perlawanan.

“Ia adalah sukar untuk kami menang perlawanan ini kerana mereka bermain lebih pantas.

“Ia adalah musim yang panjang, dengan 60 hari lewat. Saya sukan Leipzig. Mereka mempunyai kesungguhan, semangat yang lebih baik dan lebih segar.

“Perkara itu menghukum kami. Tiada penjelasan untuk kekalahan.

“Kami sudah berikan yang terbaik di suku akhir ini. Kami tersingkir dengan adil dan harus mengucapkan tahniah kepada mereka.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.