Diego Simeone Bengang Dengan Cara Arsenal Berurusan Mendapatkan Partey

Atletico Madrid dikatakan kecewa dan terkilan dengan cara Arsenal bagaimana Arsenal bersetuju dengan perjanjia melibatkan Thomas Partey.

Selepas dikaitkan dengan Partey sepanjang jendela perpindahan musim panas ini, Gunners telah mengaktifkan klausa perlepasan pemain itu yang bernilai £45 juta pada penghujung penutup jendela perpindahan.

Walau bagaimanapun, menurut sumber laporan Diario dari AS, Atletico tidak gembira dengan cara bagaimana Arsenal melengkapkan urusan perpindahan ini.

Arsenal jelas tidak melakukan sebarang kesalahan mengikut peraturan yang ditetapkan di Sepanyol berkait klausa perlepasan pemain.

Tetapi menurut laporan sama, Atletico kecewa kerana pemain dan pembeli sepatutnya memberitahu mereka lebih awal tentang perkara ini.

Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone dilaporkan begitu marah dengan pemergian Partey yang mana beliau sebelum ini sudah merancang untuk menggandingkan pemain itu dengan Lucas Torreira.

Pemain kebangsaan Uruguay itu dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Wanda Metropolitan dengan perjanjian pinjaman dan ada pilihan untuk pembelian tetap.

Tetapi Simeone telah berbincang terlebih dahulu dengannya tentang bagaimana beliau akan digandingkan dengan Partey untuk perancangan masa depan kelab.

The Gunners sebelum ini berminat untuk mendapatkan pemain midfield Lyon, Houssem Aouar dan mereka sendiri turut berusaha untuk memantau perkembangan Jorginho dari Chelsea.

Akhir sekali The Gunners telah meletakkan pemain kebangsaan Ghana, Partey sebagai sasaran terakhir mereka untuk ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas ini.

Bekas bintang Arsenal, Paul Merson, menganggap bahawa Gunners telah mendapat tawaran yang sangat baik, sehinggakan dia “hampir jatuh dari kursinya” setelah diberitahu mengenai bayaran yang mereka perlu bayar.

Beliau telah memberitahu Sky Sports bahawa:

“Saya rasa dia merupakan pemain bertaraf bintang. Saya hampir jatuh dari kerusi saya, £45 juta, saya langsung tidak rasa ianya mahal untuk mendapatkan kualiti pemain sehebat dia.”

“Satu lagi perkara hebat yang dia miliki adalah, disiplin. Dia sudah bermain bersama Atletico Madrid, yang mana kelab itu adalah sebuah pasukan paling berdisiplin di benua Eropah dan dia pasti membawa aura disiplin itu bersamanya.”

“Dia bukan jenis pemain midfield yang hanya sekadar berlari tidak tentu hala atas padang dan seperti yang anda fikirkan. Dia seorang yang sangat berdisiplin. Saya rasa dia penandatanganan yang hebat untuk Arsenal.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.