Diajak Rematch, Floyd Mayweather Ingatkan Manny Pacquiao Siapa Lagi Hebat

Perseteruan di antara Floyd Mayweather dengan Manny Pacquiao bermula selepas perlawanan tinju melibatkan mereka pada 2015. Pacquiao tidak berpuas hati dengan penjurian ketika itu yang memihak kepada Mayweather selepas lawannya itu dituduh bacul, dan banyak melarikan diri di atas ‘ring’.

Manny Pacquiao baru-baru ini memenangi kejuaraan WBA welterweight dan sekali lagi mencabar Floyd Mayweather untuk pertarungan ulangan. Pacman menyeru nama Mayweather: “Kami mahukan Mayweather.

Manny Pacquiao juga sudah menyatakan mereka akan menandatangani borang kontrak ‘rematch’ menentang Mayweather pada bila-bila masa. Kem Pacman hanya menunggu Mayweather menurunkan tandatangan di atasnya.

Sudah banyak kali Pacman mencabar Mayweather untuk pertarungan ulangan, tetapi kesemuanya tidak dilayan dan diperlekehkan dengan beberapa siri ‘troll’. Mayweather juga menyatakan beliau sudah bersara daripada tinju dengan rekod sempurna.

Lebih menggeramkan Pacquiao apabila Mayweather menyahut cabaran daripada Conor McGregor untuk pertarungan tinju.

Mayweather menang aksi itu. Pacman mengucapkan tahniah dan sekali lagi menyeru agar Mayweather bertemu dengan lawan tinju sebenar, bukannya jaguh UFC.

Mayweather kemudian memberitahu McGregor bahawa: “Sembang banyak tak akan membantu kamu menang pertarungan.”Pacquiao mengambil kesempatan dengan menambah: “Tetapi ‘lari’ boleh kan?”

Ia mengingatkan Mayweather tentang taktikal negatif ya
ng digunakan oleh petinju itu yang telah banyak membuatkan lawannya tidak berpuas hati.

Ia tetap tidak mampu membuatkan Mayweather turun gelanggang dan menyahut cabaran itu.

Terbaru, Mayweather telah berkongsi satu statistik yang dikeluarkan oleh Boxrec sambil mengingatkan Mayweather bahawa angka tidak pernah menipu.

Dalam ranking tersebut, jelas sekali menunjukkan Mayweather di atas Pacman dari segi penilaian mata oleh Boxrec.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.