Di Maria Menyampah Dan Meluat Dengan Man United Sampai Tutup TV

Marcin Bulka mendedahkan cerita bahawa Angel Di Maria sangat bencikan Mansgster United.

Bulka merupakan bekas penjaga gol pasukan Chelsea.

Entah apa masalah mamat ni. Main tak bagus mana pun, lepas tu tiba tiba bencikan kelab seperti Manchester United yang menjadi impian setiap pemain.

Mungkin Di Maria kecewa sebab tak mampu menjadi bintang the next Ronaldo seperti yang diharapkan. Beliau dibeli dengan harga membabi buta £59 juta.

Ketika di Old Trafford Di Maria sangat hambar dan gagal menunjukkan prestasi seperti di Real Madrid. Lebih memalukan, Adnan Januzaj yang kelihatan terlalu power apabila dibandingkan dengan Di Maria.

Kebencian Di Maria kepada Man United memuncak ketika aksi UCL berhadapan dengan mereka. Di mana Di Maria ketika itu terlibat insiden panas di Old Trafford.

Di Maria ketiga itu meraikan setiap gol dengan girang di hadapan fans United.

Ada satu ketika dia mengambil botol minuman keras yang dibaling penyokong United.

Penyokong United yang minum minuman keras itu kemudian menjadi sangat marah apabila Di Maria mengambil botol itu dan menunjukkan dia sedang menikmati minuman di Old Trafford.

Malang sekali pada perlawanan kedua, PSG buat kelakar dan kalah di tangan United. Mereka tersingkir daripada UCL.

Patutlah marah sangat sebab kalah kot.

Selepas malam itulah Ole diberikan kontrak 3 tahun dengan Rio Ferdinand dan Gary Neville bukan main menyatakan Manchester United sudah kembali.

Di Maria dikatakan sangat kecewa dengan perpindahan beliau ke Man United pada 2014. Kerana itu menurut beliau adalah penghancur kepada kariernya. Itu dia yang cakap, jangan pulak disalahkan admin Facebook yang hanya melaporkan berita.

Selepas berpindah ke PSG, Di Maria tidak mahu lagi ingat tentang pengalaman beliau di Man United. Malah Di Maria akan menutup TV kalau ada melihat Man United di sana.

Di Maria juga tak mahu ambil tahu ataupun membaca apa sahaja tentang Man United.

Seterusnya apa sahaja iklan yang ada kaitan dengan United, termasuk iklan tandas berteknologi tinggi, Kohler, Di Maria akan tutup TV.

Bulka berkata: “Di Maria Mariana sangat benci dan menyampah dengan Manchester United.”

“Jelas sekali Maria ada pengalaman buruk di sana.”

“Dan sebenarnya, apabila ada benda yang berkaitan dengan Man United muncul di TV dia akan menutup siaran cepat cepat.”

Bulka ni boleh tahan juga batu api dia. Tak boleh tengok orang senang sikit baru menang 3-0 dengan Bruno Fernandes skor penalti.

Man United terus maju tanpa Di Maria. Dan Di Maria pula terus gagal untuk menjuarai UCL.

Selepas pemergian Di Maria, Man United menerima semakin ramai bintang yang datang ke kelab mereka termasuk Alexis Sanchez. Nampak sangat Di Maria ni bukan satu kehilangan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.