Di Mana Kesemua Bintang Yang Dianggap ‘The Next Messi’ Sebelum Ini?

Lionel Messi telah menjadi penanda aras dalam dunia bola sepak sejak lebih dari sedekad yang lalu.

Hebatnya Messi, sehingga setiap kali adanya pemain berbakat, pastinya pemain itu akan digelar ‘next Messi’.

Jelas sekali Messi telah menjadi penanda aras yang sungguh terkenal dalam dunia bola sepak, yang mana mana-mana bakat dari seluruh dunia pasti berbangga seandainya digelar next Messi.

Bintang sensasi Barcelona ini sudah melalui karier yang sungguh mengagumkan dan jelas sekali nama beliau akan dikenang sebagai legenda bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Pada tahun 2010 yang lalu, begitu ramai bakat muda yang telah dianggap sebagai ‘the next Messi’, dan Bleacher Report telah menyenaraikan beberapa nama pemain yang pernah dianggap sebagai ‘next Messi’.

Namun di manakah mereka semua sekarang? Adakah mereka menepati ramalan dengan menjadi pemain sehebat Messi?

Apa yang pasti, walau di usia 33 tahun, Lionel Messi masih lagi beraksi cemerlang dan masih lagi menjadi antara pemain paling digeruni lawan.

Berikut merupakan senarai pemain yang pernah dilabelkan ‘the next Messi’ termasuk di mana mereka sekarang hasil data dari Bleacher Report.

Senarai The Next Messi:

Pablo Piatti (Toronto FC)

Giannis Fetfatzidis (Al-Khor SC)

Sebastian Giovinco (Al Hilal)

Neymar (Paris Saint-Germain)

Pedro (Roma)

Erik Lamela (Tottenham Hotspur)

Nicolas Lodeiro (Seattle Sounders)

Javier Pastore (Roma)

Sotiris Ninis (Volos)

Marko Marin (Al-Ahli)

Bryan Ruiz (Alajuelense)

Philippe Coutinho (Barcelona)

Frank Acheampong (Tianjin Teda)

Jose Baxter (Memphis 901 FC)

Christian Eriksen (Inter Milan)

Bojan Krkic (Montreal Impact)

Kerlon (Bersara)

Jean Carlos Chera (Bersara)

Diego Buonanotte (Universidad Catolica)

Eduardo Salvio (Boca Juniors)

Alexis Sanchez (Inter Milan)

Reimond Manco (Binacional)

Nico Gaitan (Braga)

James Rodriguez (Everton)

Matias Defederico (Club Agropecuario Argentino)

Ada beberapa pemain dalam senarai ini yang sudah pernah beraksi dalam satu pasukan yang sama dengan Messi dan ada yang pernah beraksi dalam padang yang sama dengannya.

Pedro merupakan rakan graduan Messi dari La Masia dan beliau juga telah menghabiskan tujuh tahun bersama kelab sebelum berkelana menyertai beberapa pasukan lain.

Sementara Neymar pula merupakan antara gandingan terhebat Messi disamping Luis Suarez yang mana trio ‘MSN’ telah menjadi antara trio paling digeruni satu masa dahulu.

Philippe Coutinho pula kini sedang beraksi bersama Messi untuk skuad kendalian Ronald Koeman, selepas beliau dipinjamkan ke Bayern Munich musim lalu.

Alexis Sanchez juga pernah beraksi bersama Barcelona suatu ketika dahulu manakana Christian Eriksen pernah menjadi antara midfield terbaik dalam saingan premier league.

Erik Lamela mempunyai karier yang agak cemerlang bersama Spurs dalam saingan premier league, namun beliau tidak mampu untuk menyerlah di peringkat lebih tinggi.

Bintang Argentina lain yang turut ada dalam senarai itu adalah seperti Pablo Piatti, Nico Gaitan dan Eduardo Salvio.

Kerlon merupakan pemain yang mempunyai daya gelecekan yang sungguh mengagumkan, beliau turut berada dalam senarai ini namun sayangnya beliau sudah bersara sepenuhnya dari dunia bola sepak.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.