Demi Cristiano Ronaldo, UEFA Singkir Kante Dan Pakai 4-2-4 Untuk Kesebelasan Tahunan Terbaik

ESPN membuat pendedahan yang mengejutkan ramai pihak. Ini apabila mereka mendedahkan bahawa UEFA telah bersikap pilih kasih dan tidak berintegriti.

UEFA membuka undian kepada peminat untuk memilih 11 pemain terbaik bagi dimasukkan dalam kesebelasan terbaik tahunan UEFA 2019.

Ianya adalah perkara yang biasa dilakukan oleh UEFA bagi melihat pemain pilihan peminat bagi mengisi pasukan kesebelasan impian mereka.

Malangnya dalam undian tersebut tiada Cristiano Ronaldo dalam raking 11 teratas. Beliau ditewaskan oleh Robert Lewandowski untuk posisi no.9. Dan ditewaskan oleh Sadio Mane dan Messi untuk posisi pemain sayap.

UEFA pada awalnya meletakkan formasi 4-3-3 dengan: Alisson; Alexander-Arnold, De Ligt, Van Dijk, Robertson; De Jong, De Bruyne, Ngolo Kante; Messi, Lewandowski, Mane.

Namun oleh kerana mahu memastikan adanya nama penyerang Juventus iaitu Cristiano Ronaldo di dalam senarai kesebelasan terbaik tahunan mereka, UEFA telah menukar formasi kepada 4-2-4.

Satu sumber dalaman telah memberitahu ESPN akan perkara tersebut.

Ini menjadikan kesebelasan terbaik tahunan 2019 yang baharu melibatkan: Alisson; Alexander-Arnold, De Ligt, Van Dijk, Robertson; De Jong, De Bruyne; Messi, Ronaldo, Lewandowski, Mane.

Tiada nama Kante di dalam senarai pada kali ini.

ESPN dimaklumkan bahawa Ronaldo mendapat undian lebih rendah daripada Lionel Messi, Sadio Mane dan Robert Lewandowski untuk serangan.

UEFA mengumumkan secara rasmi 11 nama tersebut dalam formasi 4-2-4. Ronaldo bergandingan dengan Robert Lewandwoski di serangan utama.

Sadio Mane dan Lionel Messi menjadi pemain penyerang sayap kiri dan kanan.

Hanya dua pemain tengah dipilih iaitu Kevin de Bruyne dan Frenkie De Jong.

Sementara untuk back 4 ada 3 pemain Liverpool dalam senarai iaitu Andrew Robertson, Virgil Van Dijk dan Trent Alexander Arnold yang digandingkan dengan Matthijs De Ligt.

Ternyata ramai yang tidak begitu selesa dengan pemilihan oleh UEFA kali ini dan merasakan memang ada sesuatu yang tidak kena.

N’golo Kante antara pemain yang cemerlang bersama dengan Chelsea pada musim lalu. Membantu The Blues menang Liga Europa. Dan beliau juga beraksi sangat cemerlang sepanjang tahun 2019.

Aksi Kante ketika aksi berhadapan dengan Liverpool pada Piala Super Eropah 2019 juga dianggap sangat luar biasa.

Kante merupakan pemain defensive midfielder yang mulai menjadi pemain yang lebih offensive dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Cristiano Ronaldo cemerlang bersama dengan Juventus musim lalu. Membantu pasukan itu menjuarai Serie A.

Namun malang sekali pemain legenda Portugal itu tidak dapat memenangi undian peminat untuk menempatkan namanya dalam senarai 11 teratas.

Ramai yang masih menantikan penjelasan UEFA tentang perkara ini. Badan tertinggi bola sepak Eropah itu masih belum memberikan sebarang respon ke atas laporan oleh ESPN ini.

Jika benar UEFA melakukan salah laku dari segi intergriti, ianya bakal mengundang lebih banyak persoalan tentang kredibiliti mereka.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.