Dele Alli membuat kenyataan mengejutkan apabila menyatakan pasukannya memandang rendah kemampuan Manchester United.
Amat jarang sekali pasukan seperti Spurs memandang rendah kepada pasukan sehebat dan sebesar Man United.
Namun masa telah berlalu, kini Spurs sudah terbuai dan terperasan mereka terlalu bagus sehinggakan sanggup memandang rendah kepada Man United.
Spurs dalam rekod kemenangan 3 perlawanan berturut-turut sebelum memulakan perlawanan di Old Trafford.
Tetapi perjalanan kemenangan itu tidak lancar dan berakhir di Old Trafford berhadapan dengan pasukan yang bergelut dengan prestasi iaitu Manchester United.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Ali menyatakan, sebab utama mereka tewas adalah kerana terlalu yakin dan memandang rendah kepada pasukan lawan.
Ali juga mengakui mereka ada rasa riak dan angkuh dengan prestasi semasa, apabila melihat prestasi semasa Man United.
Dele Alli has accused his Spurs teammates of being too arrogant and over-confident ahead of the game #mufc https://t.co/uEtXBvxh0L
— Man United News (@ManUtdMEN) December 5, 2019
Sikap riak dan angkuh itu telah membawa kepada semangat terlalu yakin tak bertempat sehingga membuatkan mereka memandang rendah kemampuan pasukan lawan.
Lantas Dele Alli menganggap mereka telah menerima padah di atas sikap mereka sendiri.
Alli berkata: “Ianya sukar untuk tewas namun kamu kena ambil iktibar daripadanya.”
“Kami dah tahu yang kami kena menang perlawana ini. Kami perlu menyaingi tenaga yang ada pada lawan. Kami kalah kerana mereka lebih baik daripada kami hari ini, hanya dari segi sikap.”‘
Alli kemudian menyatakan bahawa mereka tidak cukup keinginan untuk menang perlawanan kali ini dan tidak cukup komited untuk bersaing.
“Kami tidak cukup dahaga dalam perlawanan ini. Kami perlahan untuk setiap bola kedua dan tewas dalam situasi 50-50.”
“Mungkin kami ada sedikit rasa angkuh dan riak, serta terlalu yakin. Kami bermain baik. Namun apabila kamu nak yakin ataupun rasa angkuh dalam perlawanan seperti ini, ianya penting tetapi kenalah berpada-pada dan pada cara yang betul.”
“Kami agak cuai dalam beberapa situasi dan kamu tak boleh buat kesilapan seperti itu atau menerima akibatnya dengan dihukum lawan.”
“Kami sudah bermain bersama bertahun-tahun lamanya. Kami harus belajar daripada perlawanan ini. Kekalahan dalam perlawanan seperti ini akan menarik kaki kamu kembali ke bumi realiti.”
“Kami nak menang setiap perlawanan dan juga memenangi perlawanan untuk pengurus kamu di tempat lama beliau.”
A Mourinho side that is arrogant and overconfident? 😏
— Goal News (@GoalNews) December 5, 2019
Spurs mempersia-siakan peluang untuk naik lebih dekat kepada top 4 selepas tewas di tangan Manchester United.
Rashford menjadi wira United dengan menjaringkan 2 gol. Sementara gol tunggal Tottenham Hotspur adalah menerusi Dele Alli.
Ole Gunnar Solskjaer gembira dengan keputusan yang dicapai. Namun kurang gembira dengan cara United bertahan selepas mendahului. Perkara yang sama beliau gariskan sebelum ini.
Manchester United kembali ke tempat keenam dan semakin melihat peluang untuk berada di top 4.
Manchester United akan berhadapan dengan Manchester City selepas ini dalam aksi derbi Manchester.
Sementara itu Spurs akan menentang Burnley dalam usaha kembali ke landasan kemenangan sekali lagi.