Dele Alli Dirompak Dan Dicederakan Di Muka Oleh Perompak Bersenjata

Bintang Tottenham Hotspur dan juga England iaitu Dele Alli telah dirompak dan diacukan pisau ketika kejadian pada awal pagi / tengah malam Rabu di rumahnya.

Dele Alli ketika ini sedang menjalani kurantin di rumahnya di London yang ketika ini sedang lockdown. Alli di rumah tersebut bersama dengan abang, seorang rakan serta teman wanintanya dan teman wanita abangnya.

Menurut laporan di UK, rumah Alli dipecah masuk pada tengah malam oleh dua orang penyamun yang bersenjatakan pisau.

Alli mengalami kecederaan kecil di mukannya selepas ditumbuk beberapa kali oleh perompak di mukanya.

Perompak berjaya melarikan diri dengan hasil rompakan berupa jam tangan, beberapa jenis barang kemas dan lain lain. Dan polis masih menyiasat angka kerugian yang sebenar oleh Dele Alli dan mangsa rompakan yang lain.

Rakaman kamera litar tertutup telah diserahkan oleh pegawai keselamatan bangunan kepada pihak polis. Namun masih belum ada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak polis pada ketika ini.

Pihak berkuasa tempatan juga turut mengesahkan kepada Daily Mail bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mencari penjenayah yang telah melakukan rompakan bersenjata itu.

Alli dan kesemua mangsa dalam keadaan ketakutan kerana kejadian itu. Mereka kesemuanya tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Jurucakap polis berkata: “Polis menerima panggilan sekitar 3:35 pagi Rabu, 13 Mei, ada satu laporan tentang rompakan di kediaman beralamat di Barnet.”

“Dua lelaki perompak telah memecah masuk ke dalam rumah dan melarikan barang – barang seperti barang kemas, jam tangan, sebelum melarikan diri.”

“Seorang daripada mangsa, berusia sekitar 20-an, cedera ringan di bahagian muka, kerana telah diserang. Mangsa tak memerlukan rawatan hospital.”

“Buar masa ini, masih belum ada tangkapan dibuat, namun siasatan akan diteruskan.”

Dele Alli sedang bersiap sedia untuk kembali semula ke latihan bersama sama dengan pasukannya pada minggu hadapan.

Alli merupakan pemain yang menjadi pemain penting dalam pasukan Jose Mourinho dalam usaha mereka mahu menamatkan musim ini di tempat empat teratas dan mara sekali lagi ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.