Sudah tiba masanya untuk pihak media mula memberikan perhatian dan penghargaan kepada Dean Smith selepas apa yang beliau capai.
Pihak media sebelum ini terlalu obses untuk memberi perhatian kepada pengurus seperti Bielsa, Wilder, Nuno dan lain-lain tetapi tidak ada yang memberi perhatian kepada Dean Smith.
Terlebih dahulu tahniah kepada Aston Villa selepas berjaya untuk membelasah Juara bertahan, Liverpool 7-2 dalam perlawanan saingan liga awal pagi tadi.
Klopp applauding Dean Smith you love to see it #avfc pic.twitter.com/Svz00xEQUT
— B6 Villans (@VillansB6) October 4, 2020
Selepas berjaya untuk menyelamatkan diri dari tersingkir ke Championship musim lalu, Aston Villa memulakan saingan musim ini dengan memenangi tiga perlawanan utama.
Menariknya lagi, mereka turut membelasah teruk Juara saingan liga musim lalu dengan keputusan 7-2 dengan mempamerkan aksi berpasukan serta taktikal yang sungguh mengagumkan.
Ianya juga merupakan kemenangan yang cukup membahagiakan untuk para peminat Villa, Dean Smith dan para pemain mereka sendiri.
Dean Smith menggunakan pelan taktikal yang sungguh cemerlang dalam perlawanan itu dan ianya menjadi.
Villa menggunakan taktikal serangan pantas serta menekan taktikal high line Liverpool dan apa yang pasti mereka bekerja lebih keras berbanding para pemain skuad the reds.
Marcelo Bielsa was lauded a genius for leading his team to a 4-3 loss vs Liverpool.
After Leeds drew 1-1 vs Man City, the press labelled it a tactical masterclass from Bielsa.
Dean Smith’s Aston Villa have just taken 7 off champions Liverpool, and it could’ve been more. 👏🏻👏🏻👏🏻 pic.twitter.com/OPzaO8Bs45
— Spank The Bookies (@SpankTheBookies) October 4, 2020
Ianya merupakan taktikal yang cukup sempurna dan sebelum ini hanya Bielsa sahaja yang menggunakan taktikal yang sama ketika berdepan Liverpool.
Menggunakan kepantasan dan terus menerus menekan high line mereka dengan mengamalkan serangan pantas.
Cara Dean Smith menggunakan Ross Barkley juga sungguh bijak dan beliau tahu rentak serta corak permainan yang sesuai untuk pemain itu.
Pengurus pasukan Aston Villa, Dean Smith berasa gembira dengan kejayaan yang dilakar oleh anak-anak buahnya dan beliau turut berbangga mendapat pujian dari pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.
“Ketika Jurgen Klopp menyebut WOW kepada kamu dihujung perlawanan, maka kamu tahu bahawa kamu sudah melakukan suatu hal yang sangat menarik.”
Sementara Jurgen Klopp sendiri pula tidak mahu menyalahkan Adrian seorang sebagai punca kekalahan Liverpool seperti mana para penyokong lakukan.
'They executed the game plan to perfection.'
It's fair to say Dean Smith was a happy man after tonight's performance. 👌#AVLLIV pic.twitter.com/ATeY1RCehQ
— Aston Villa (@AVFCOfficial) October 4, 2020
Sebaliknya pengurus dari Jerman itu menganggap kekalahan itu adalah tanggungjawab semua pihak dan semua orang harus bertanggungjawab.
“Adrian merupakan penjaga gol yang bagus, dia bermain sebelas perlawanan untuk kita musim lalu, kami juga menang semua 11 perlawanan itu. Malam ini penjaga gol kami bukan masalah. Reaksi para pemain lain terhadap gol pertama itu juga bukan kesalahan dia, ini masalah kami semua.”
“Semua perkara yang kamu tidak patut lakukan dalam sebuah perlawanan, telah mereka lakukan hari ini. Kami bolos kerana bola deflection, tetapi ianya bukan halangan yang cukup bagus, jadi ianya jelas salah kami. Tiada sesiapa harus dipersalahkan tetapi kami semua perlu bertanggung jawab.”
“Pujian harus diberikan kepada Aston Villa, mereka berjaya manfaatkan segala kesilapan kami. Gol pertama memang berikan impak dan ianya sepatutnya tidak. Reaksi mereka untuk itu tidak bagus, kami hilang rentak.”
Dean Smith: "When Jürgen Klopp says 'wow' to you at the end you know you've done something right."
— Squawka News (@SquawkaNews) October 4, 2020
“Tiada apa boleh saya katakan untuk keputusan perlawanan hari ini, mengapa saya perlu begitu marah? Adakah ini satu-satunya? Saya harap begitu, tetapi kita harus buktikannya dalam perlawanan seterusnya. Perlawanan seperi ini tidak sepatutnya terjadi. Saya yakin 100%.”
Dean Smith telah dicalonkan sebagai pengurus terbaik bulanan premier league dan beliau antara calon yang layak untuk memenangi anugerah tersebut.