De Gea Terus Setia Dan Bertekad Mengembalikan Kegemilangan Manchester United

Penjaga gol sensasi Manchester United, David De Gea akhirnya setuju untuk melanjutkan kontrak beliau bersama Setan Merah.

Berita ini pastinya membuatkan penyokong Manchester United sangat gembira. Ianya berita yang sudah lama ditunggu oleh mereka.

Jika De Gea tidak menandatangani kontrak sebelum 31 Disember ini, beliau akan menjadi free agent.

BBC melaporkan kontrak tersebut adalah sehingga 2023. David De Gea sebelum ini sudah beberapa kali menolak tawaran kontrak baharu, kerana beberapa tuntutan beliau.

De Gea, 28, bermain 367 penampilan untuk Man United. Beliau ditandatangani pada 2011 oleh Sir Alex Ferguson dengan nilai perpindahan £18.9 juta.

Dalam kenyataannya, De Gea berkata: “Sekarang masa depan saya sudah ditentukan. Apa yang saya mahukan adalah membantu pasukan ini memenangi piala sekali lagi, bersama-sama.”

“Saya penghargaan untuk bermain dengan kelab ini selama 8 musim. Ini adalah peluang untuk saya meneruskan karier di
Manchester Unied.”

“Sejak hari pertama saya tiba di sini, saya tidak sangka yang saya akan bermain lebih 350 perlawanan untuk pasukan ini.”

“Saya masih sangat yakin, akan mencapai lebih banyak kejayaan di kelab ini. Dan saya sangat percaya Manchester United boleh dibina semula berdasarkan tradisi kelab iaitu kejayaan dan membalas semula penyokong kami.”

De Gea merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan Sepanyol dan membantu United memenangi EPL pada 2012/13, Piala FA, 3 tahun selepas itu dan kejayaan menjulang Europa League pada 2016/17.

De Gea berkali-kali dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. Paling hampir adalah pada 2015, apabila Manchester United dilaporkan sudah menerima bidaan £29 juta daripada Real Madrid.

Namun ianya gagal dimeterai kerana berlaku kerana isu dokumentasi dan beberapa kertas kerja yang gagal disiapkan pada masa yang ditetapkan.

Pada musim lalu, Real Madrid menandatangani Thibaut Courtois, yang dilihat antara sebab kenapa De Gea mulai fokus kepada Manchester United.

Walaubagaimanapun, dalam jendela perpindahan yang lalu, PSG juga berminat dengan De Gea. Namun Manchester United yakin pemain itu akan komited dengan kontrak baharu beliau di Old Trafford.

De Gea antara penjaga gol terbaik di dunia dalam beberapa musim kebelakangan ini. Beliau dikenali dengan refleksnya yang sangat kuat serta keupayaannya menggunakan kakinya untuk menghadang percubaan lawan.

https://twitter.com/i/status/1173605024045379584

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer teruja dengan berita ini. “Saya gembira apabila David komited kepada kelab ini untuk tempoh jangka panjang.”

 

“Sejak beberapa musim kebelakangan ini, David telah membuktikan bahawa dirinya adalah yang terbaik di dunia dan menjadi bahagian penting dalam perancangan kami untuk mengembalikan semula kegemilangan Manchester United.”

“De Gea memiliki segalanya yang kamu mahukan daripada seorang penjaga gol.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.