De Bruyne: Peduli Apa Dengan Rekod Anfield, Kami Hanya Fikir Nak Menang

Perancang kreatif Manchester City, Kevin De Bruyne menyatakan beliau tidak kisah dengan rekod Manchester City berhadapan dengan Liverpool di Anfield.

Manchester City akan berkunjung ke Anfield Ahad ini dalam aksi EPL melibatkan 2 pasukan teratas EPL.

Manchester City kini ketinggalan 6 nama di nelakang Liverpool. Ketika ditanya tentang rekod buruk Man City di Anfield, De Bruyne menganggap beliau tidak perlu membuang masa memikirkan soal rekod itu.

Tumpuan utama Man City adalah untuk menang ke atas Liverpool dan merapatkan jurang mata.

Sejak Boxing Day 1981, Man City hanya menang sekali di Anfield iaitu pada 2003.

De Bruyne berkata: “Saya tak peduli dengan perkara itu. Banyak perkara lain akan menentukan keputusan perlawanan ini.”

“Apa yang kami pemain dapat lakukan untuk statistik seperti ini?”

“Ini adalah perlawanan yang sama dengan perlawanan liga yang lain. Ya kami tahu ia perlawanan besar dan Liverpool sedang mendahului kami.”

“Kita kena rehatkan diri dan kemudian bersiap sedia untuk perlawanan menentang Liverpool Ahad akan datang.”

De Bruyne menyatakan beliau sudah tidak sabar untuk beraksi di Anfield. “Pemain bola sepak profesional akan sentiasa mahu bermain di hadapan  50, 60, 70, 80 ribu orang untuk menjadikan ia lebih bermakna.”

“Saya lebih memilih bermain di sana berbanding dengan bermain tanpa disaksikan sesiapa.”

“Kamu berlatih sepanjang hidup kami memang untuk bermain perlawanan besar seperti ini. Saya nak berjuang memenangi piala dan menjadi yang terbaik.”

“Untuk menjadi juara kamu harus menang ke atas yang terbaik.”

“Media banyak menulis tentangnya dan orang ramai pun banyak berbincang tentangnya sepanjang minggu ini, bahkan sebelum perlawanan Liga Juara Juara Eropah lagi.”

“Namun kami harus fokus untuk melakukan tugasan kami, kekal tenang dan mempersiapkan diri.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.