De Bruyne Bakal Tinggalkan Man City Jika Rayuan Bermain UCL Ditolak

Kesetiaan wanita itu diuji ketika lelaki tiada apa-apa, dan kesetiaan pemain City pula diuji ketika mereka gagal dalam rayuan UCL.

Pasukan yang kaya mengejut beberapa tahun yang lalu itu telah melanggar Financial Fairplay selepas memalsukan dokumen serta menipu tentang angka tajaan.

Penipuan ini dilakukan dengan sangat tidak adil kepada pasukan lain.

Salah laku itu dibogelkan oleh whistleblower dari Portugal, iaitu Pinto, menerusi Der Spiegel. Di mana banyak dokumen yang dibocorkan dan dipamerkan kepada umum.

Kevin De Bruyne baru baru ini menegaskan bahawa, beliau akan mempertimbangkan semula nasibnya selepas mendengar keputusan rayuan Man City di Mahkamah Timbang Tara Sukan Antarabangsa (CAS).

Ketika ini kes itu masih menunggu sesi pendengaran kerana CAS tutup kerana pandemik yang melanda dunia.

Kevin De Bruyne telah menjadi pemain yang konsisten cemerlang dalam membantu Man City menjadi kuasa baru bola sepak Inggeris. Musim ini beliau merupakan calon pilihan untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA.

Beliau masih belum menandatangani kontrak baharu di City. Dan menunggu keputusan daripada CAS terlebih dahulu.

Bercakap kepada HLN, De Bruyne berkata: “Saya masih menunggu keputusannya.”

Beliau juga yakin Man City tidak melakukan apa apa kesalahan seperti yang didakwa oleh UEFA. Dan beliau mendapat tahu perkara itu daripada kelab itu sendiri.

“Kelab memberitahu kami semua bahawa mereka akan merayu keputusan itu. Dan mereka memberikan jaminan, bahawa kelab kami 100% bersih dan akan menang kes ini.”

“Dua tahun tanpa UCL sangat lama. Namun mungkin setahun paling lama saya lihat.”

“Saya gembira di City. Saya bermain dengan salah sebuah pasukan terbaik di dunia, bermain di England. EPL adalah pertandingan terbaik dari segi kompetitif saingan dan saya sukakannya.”

“Ia masih cabaran yang terbaik dan saya perlukan cabaran itu. Apa yang berlaku akan berlaku.”

Selain daripada beliau, Guardiola juga belum melanjutkan kontrak beliau di City. Namun De Bruyne yakin pengurus beliau itu akan kekal bersama dengan Man City.

Guardiola sebelum ini sudah menyatakan beliau akan terus kekal bersama kelab sekurang – kurangnya sehingga kontrak beliau tamat pada 2021, walau apa yang berlaku kepada Man City.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.