Penyerang legenda Sepanyol, David Villa mengumumkan bahawa beliau akan menggantung kasut bola sepaknya pada akhir musim ini.
David Villa berusia 37 tahun merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk La Roja.
Villa kini beraksi untuk Visel Kobe selepas meninggalkan kelab MLS musim lalu.
Pengumuman persaraan itu diumumkan David Villa pada Rabu. Villa mengadakan sidang media khas dan berkata: “Saya mengadakan sidang media ini untuk mengumumkan bahawa saya telah memutuskan untuk bersara.”
“Saya sudah memikirkan perkara ini sekian lama. Keputusan ini diambil selepas saya berbincang dengan keluarga dan kenalan rapat saya. Saya nak bersara bola sepak dan mahu menegaskan bahawa saya bukannya dipaksa bersara.”
David Villa kemudian mengumumkan perkara itu menerusi Twitter beliau. Villa masih ada misi bersama Visel Kobe.
Di mana kelab itu sedang mempersiapkan diri untuk separuh akhir Piala Maharaja Jepun.
Villa bermain di peringkat profesional selama 19 tahun.
Beliau berkata: “Selepas 19 tahun menjadi pemain profesional, saya telah mengambil keputusan untuk bersara daripada bola sepak pada akhir musim ini.”
It is my objective to put the cherry on top by winning the Emperor’s Cup with @visselkobe on January 1st. From then on, I will continue to enjoy football through all the projects that we’re currently developing with DV7 group. Thank you for all the love.
— David Villa (@Guaje7Villa) November 13, 2019
“Terima kasih kepada semua pasukan, jurulatih, rakan sepasukan yang membolehkan saya menikmati karier impian ini. Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa ada bersama saya memberikan sokongan.”
“Misi saya seterusnya adalah untuk mengakhiri karier saya dengan memenangi Emperor Cup bersama Visel Kobe pada 1 Januari akan datang.”
“Selepas itu, saya akan terus menikmati bola sepak dengan terlibat dalam beberapa projek yang kumpulan DV7 sedang terlibat. Terima kasih di atas kasih anda semua kepada saya selama ini.”
David Villa memulakan karier beliau bersama Sporting Gijon. Selepas itu beliau berpindah ke Real Zaragoza.
Dalam musim pertama di Zaragoza, Villa membantu kelab itu menjulang Copa del Rey dan kemudiannya menjulang Piala Supercopa Sepanyol.
2 musim di Zaragoza, Villa kemudian menyertai Valencia dengan nilai perpindahan €12 juta. Angka itu ternyata angka yang sangat berbaloi apabila beliau menjadi legenda di Mestalla dengan menjaringkan 129 gol daripada 225 perlawanan.
Villa membantu Valencia menjulang Copa Del Rey dan karier beliau di peringkat kebangssaan mulai stabil. Beliau menjadi nadi penting Sepanyol menjulang double, Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.
Selepas itu, Villa memeterai perpindahan €40 juta ke Barcelona. Beliau bermain 3 musim di Nou Camp dan membentuk gandingan 3 serangkai dengan Lionel Messi dan Pedro.
Di Barcelona, Villa memenangi 2 La Liga, Copa del Rey, Champions League dan FIFA Club World Cup, di bawah kendalian Pep Guardiola.
Karier beliau dilebarkan lagi ke Atletico Madrid. Beliau hanya semusim di Atletico dengan 13 gol.
Paling menarik David Villa membantu Atletico memecahkan dominasi Real Madrid dan Barcelona, dengan membantu kelab bimbingan Diego Simeone itu menjuarai La Liga 2013/14.
Villa kemudian menamatkan fasa akhir kariernya di kelab New York City serta Visel Kobe.
Selaman bersara El Guaje, David Villa. Satu karier yang sangat cemerlang dan indah untuk dikenang dan diingati oleh anda dan para peminat bola sepak.