Dattu Baban Bhokanal mungkin bukan nama yang anda kenal dalam arena sukan dunia. Namun ketika dia berada dalam senarai atlet yang akan memulakan acara mendayung di Sukan Olimpik Rio 2016, pengulas berkata:
“Saya tak percaya yang dia benar-benar melakukannya (sampai ke sini).”
CNN menganggap kisah Bhokanal ke Rio sebagai salah satu kisah penuh inspirasi dalam sejarah sukan dunia. Seorang pemuda yang daif dan naif datang ke Rio. Beberapa tahun sebelum itu, dia sendiri tidak tahu apa itu sukan Olimpik.
Bhokanal dan keluarga tinggal di rumah yang tidak berbilik. Di situlah dapur, ruang tamu dan jugalah tempat tidur. Rumah beliau terletak di sebuah perkampungan yag mundiri di Talegaon Rohi.
Tiada air bekalan air bersih, elektrik dan sebagainya. Dia berlatih di tasik dengan suhu yang sangat panas.
Ada yang menganggap dia sebenarnya sedang mempertaruhkan nyawanya untuk berlatih di situ tanpa ada garis panduan pemakanan dan minum yang betul.
Apabila tidak berlatih, dia akan menguruskan ladang bawang untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam cuaca panas sekitar 45 darjah celcius.
Ketika beliau dipilih mewakili India untuk ke Olimpik, ramai penduduk kampung seakan-akan tidak percayakannya. Mereka menjulang Bhokanal sebagai hero mereka.
Ketika Bhokanal balik ke kampungnya membawa telefon pintar, ramai yang takjub dan kagum dengan pencapaian Bhokanal.
Bhokanal berhenti sekolah pada gred 10. Kenapa? Sebab dia mahu menumpukan perhatian sepenuh masa kepada kerja bercucuk tanam. Jadi, dia tak perlu buat 2 kerja lagi, iaitu sekolah dan kemudian bertani.
Bukan mudah untuk Bhokanal berlatih. Tasik tempat beliau berlatih kerap menjadi cetek kerana kemarau.
“Hidup di kampung kami sangat susah. Kami bergantung kepada pertanian dan tidak banyak taburan hujan di sini. Jadi, tanaman kami banyak yang rosak.”
“Sudah ramai petani-petani di sini yang membunuh diri kerana tanaman mereka yang berekar-ekar rosak kerana kemarau! Mereka tertekan untuk meneruskan hidup dengan nasib sebegitu rupa.”
Ayahnya meninggal dunia ketika dia masih muda. Dan Bhokanal perlu mencari kerja untuk menyara keluarganya. Bhokanal keluar dari kampungnya.
Tidak lama selepas itu, Bhokanal diterima masuk menjadi tentera. Beliau gembira kerana kerja itu akan memberikan pendapatan tetap kepada beliau untuk menyara keluarganya.
Dia mula terlibat dalam sukan mendayung ketika di kem tentera. Bakatnya dalam sukan itu sangat luar biasa. Beliau memenangi hampir kesemua kejohanan mendayung di India yang disertai beliau.
Pegawai beliau mencadangkan agar Bhokanal lebih serius dalam sukan tersebut. Dan dia berjaya mengembangkan bakatnya ketika di kem tentera.
Pada suatu hari jurulatih kebangsaan India melihat aksi beliau. Jurulatih bernama Paul Mokhra terpegun melihat bakat semulajadi Bhokanal.
Beliau memiliki kekuatan tangan yang luar biasa meskipun ada beberapa aspek teknikal masih perlu diperbaiki.
Lalu Bhokanal dipanggil untuk menyertai pasukan India. Kini jadual latihan beliau adalah 2 – 3 kali sehari. Motivasi utama beliau adalah cuba menang pingat di Olimpik untuk mengubah nasib keluarganya.
Tidak lama selepas itu, Bhokanal berhenti daripada menjadi tentera kerana ayahnya meninggal dunia. Bhokanal perlu menjadi ketua keluarga beliau di kampung.
Ketika pusingan kelayakan Olimpik di Korea Selatan. Bhokanal mendapat pingat perak. Menamatkan acara 2,000 meter dalam masa 7 minit 49 saat.
“Saya hanya mendayung sahaja ketika itu untuk menang. Saya tidak tahu pun yang ia akan membawa saya ke Rio untuk Sukan Olimpik. Saya tidak tahu apa itu sukan Olimpik?”
“Ketika saya di Korea saya hanya memikirkan ibu saya yang sedang sakit di kampung. Ibu saya terjatuh (collapse) dan dikejarkan ke hospital. Dia strok. Ketika saya melawatnya, dia tidak kenal siapa saya lagi.”
Bhokanal menyara keluarga beliau yang besar dengan pendapatan sekitar 25,000 rupees ataupun RM1,600.00 dengan pendapatan tentera dan elaun sebagai atlet.
“Saya ada banyak masalah di rumah. Ayah saya sudah meninggal. Ibu saya lumpuh, ladang kami kering dan kami banyak berhutang. Jadi, saya nak menang demi keluarga saya. Saya nakkan duit!”
Bhokanal bertandang ke Rio dengan penuh harapan. Beliau menggembirakan semua orang dengan kejayaan mara ke suku akhir.
Namun perjuangannya berakhir di situ. Bhokanal tetap menjadi watak yang menjadi inspirasi ramai orang di India dan dunia.
Bhokanal berjaya mencatatkan pencapaian peribadi terbaik di Rio dan berada di tangga ke-13 secara keseluruhannya.
Ia dianggap luar biasa. Bhokanal bukannya dibentuk dalam mana-mana program sukan elit di India. Beliau menyertai sukan ini pada usia yang agak lewat.
Namun beliau baru berusia 26 tahun, jadi masih ada harapan untuk Bhokanal menunaikan impiannya!