Pemain sayap muda, Manchester United, Daniel James menyatakan beliau banyak mempelajari skil daripada Eden Hazard.
James, pemain yang dikaitkan dnegan gelaran Ryan Giggs baharu merupakan pemain yang sangat laju dan rajin di dalam padang.
Beliau dibeli oleh Manchester United dengan nilai perpindagan £18 juta pada perpindahan musim panas yang lalu.
Sehingga kini, Daniel James telah menjaringkan 3 gol untuk Manchester United. Manakala idolanya, Eden Hazard pula sudah pergi menyertai Real Madrid pada musim ini dengan perpindahan keseluruhannya bernilai £130 juta.
James mengakui Eden Hazard merupakan idolanya. Daniel James memberitahu BBC: “Cara Hazard bermain di Chelsea, cara beliau bergerak di belakang pertahanan, bila masa yang sesuai untuk berlari, dan bila masa yang sesuai untuk menunggu bola, telah menjadi rujukan saya.”
“Hazard sangat pantas, namun cara beliau menghentikan pemain lawan dan bergera, dengan sedikit gerakan satu dua, beliau juga sangat cepat untuk melakukan percubaan gol apabila ada peluang.”
“Saya kagum dengan semua yang telah beliau lakukan sepanjang kariernya.”
“Cuba masuk ke dalam kotak penalti untuk menerima bola dan melakukan tap ins, itu perkara yang saya kena perbaiki.”
“Apabila Hazard bermain satu dua, mustahil untuk anda untuk mengejar dan merapati beliau.”
James sedar, gaya permainan beliau agak klasik dan ianya sukar untuk dilihat pada pemain sayap yang laju pada hari ini.
Jadi beliau menjadi variasi dalam gaya permainan beliau. James cuba memperbaiki skil dengan bola dan cara menggelecek.
“Ketika saya lebih muda, ramai orang nasihatkan saya bahawa saya tidak boleh terlalu bergantung kepada kelajuan yang saya ada.”
“Saya gunakan kepantasan saya untuk menolak bola daripada lawan dan menewaskan mereka dengan larian. Perkara seperti itu sukar untuk kita lihat pada bola sepak hari ini. Dan sekarang semakin ramai yang kenal permainan saya dan bersedia untuk menjatuhkan saya.”
Daniel James is trying to learn the key Eden Hazard skill that meant players could not get anywhere near him for Chelsea – https://t.co/J5GAAEBiiX pic.twitter.com/ZLWwgsLCq9
— Squawka News (@SquawkaNews) October 6, 2019
Daniel James berharap beliau akan menjadi seperti Eden Hazard untuk kelab dan negaranya.
Pada usia muda, Daniel James sudah menjadi pemain penting kelab sehebat Man United dan juga pemain utama dalam pasukan kebangsaan Wales.