Dani Alves Tinggalkan Komen Dalam Status Messi Hentam Pimpinan Barca

Dani Alves telah memberi reaksi terhadap kenyataan menghentam pimpinan Barcelona yang dimuat naik oleh Messi di laman Instagram miliknya.

Pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu akhirnya bersetuju untuk kekal selama satu tahun lagi bersama kelab selepas usahanya untuk meninggalkan Barca menemui kegagalan.

Beliau memuat naik status mengucapkan selamat tinggal kepada Luis Suarez selepas pemain kebangsaan Uruguay itu bersetuju untuk perpindahan ke Atletico Madrid.

View this post on Instagram

Ya me venía haciendo la idea pero hoy entré al vestuario y me cayó la ficha de verdad. Que difícil va a ser no seguir compartiendo el día a día con vos, tanto en las canchas como afuera. Los vamos a extrañar muchísimo. Fueron muchos años, muchos mates, comidas, cenas… Muchas cosas que nunca se van a olvidar, todos los días juntos. Va a ser raro verte con otra camiseta y mucho más enfrentarte. Te merecías que te despidan como lo que sos: uno de los jugadores más importantes de la historia del club, consiguiendo cosas importantes tanto en lo grupal como individualmente. Y no que te echen como lo hicieron. Pero la verdad que a esta altura ya no me sorprende nada. Te deseo todo lo mejor en este nuevo desafío. Te quiero mucho, los quiero mucho. Hasta pronto, amigo.

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Walau bagaimanapun, Messi jelas masih tidak gembira di Nou Camp, beliau secara terbuka menghentam pimpinan Barca atas pemergian Suarez.

Dengan memuat naik gambar beliau berdua bersama Suarez, Messi menyatakan:

“Anda sepatutnya berhak menerima sesuatu atas diri kamu sendiri, seorang pemain terpenting dalam sejarah kelab, mencapai kejayaan penting baik untuk individu mahupun kelab. Paling penting bukan untuk ditendang seperti mana mereka telah lakukan. Tetapi hakikatnya kini, tiada apa yang mengejutkan saya.”

Dan Alves yang mempunyai hubungan rapat dengan Messi baik dalam padang mahupun luar padang ketika lapan musim cemerlang beliau di Nou Camp, turut masuk komen dalam status tersebut dan bersetuju dengan kenyataan dari ketua pasukan kebangsaan Argentina itu.

Pemain Brazil itu sangat lantang tentang perlakuan buruk yang beliau rasakan dari bekas kelabnya ketika sebelum beliau menyertai Juventus dengan perpindahan percuma pada tahun 2016.

Beliau juga menyatakan bahawa pucuk pimpinan Barca tidak tahu bagaimana untuk memberi layanan yang baik kepada para pemain.

“Ketika tiga musim terakhir di sana, saya sering dengar bahawa Alves akan pergi tetapi pengurusan tidak pernah menyatakan apa-apa kepada saya.”

Jelas Alves kepada akhbar Sepanyol, ABC pada tahun 2017.

“Mereka sangat angkuh dan tidak tahu berterima kasih. Mereka bahkan tidak menghormati saya. Mereka hanya menawarkan saya kontrak baru kerana mereka dikenakan penggantungan oleh FIFA.”

“Ketika itu lah saya terpaksa ikut permainan mereka dan menandatangani perjanjian baru, yang mana termasuk klausa yang membenarkan saya untuk pergi secara percuma setahun selepas itu.”

“Mereka yang menguruskan Barcelona langsung tidak tahu bagaimana untuk melayan para pemain mereka.”

Bekas penyerang Barcelona, Neymar turut meninggalkan komen dalam status Messi dengan menyatakan:

“Sungguh luar biasa sekiranya mereka lakukan sesuatu.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.