Dana White Sahkan Pemenang Di Antara Khabib-Gaethje Akan Berhadapan McGregor

Presiden UFC, Dana White menyatakan bahawa, buat masa ini, laluan pertarungan untuk Conor McGregor adalah bakal bertemu dengan pemenang di antara Justin Gaethje dan Khabib Nurmagomedov.

Di mana kedua dua petarung itu dijangka akan bertarung dalam perebutan bengkung kejuaraan kelas rendah pada September ini.

Pertarungan melibatkan pemenang pertarungan tersebut dengan Conor McGregor pula akan berlangsung pada 2021.

Justin Gaethje berjaya menewaskan Tony Ferguson dalam UFC249 untuk kejuaraan interim. Di mana beliau menang menerusi TKO. Ia sekaligus menggagalkan sekali lagi pertarungan di antara Ferguson dan Nurmagomedov yang sudah 5 kali dibatalkan atas pelbagai sebab.

Pertarungan itu awalnya dijadualkan melibatkan Khabib Nurmagomedov menentang Tony Ferguson. Tetapi petarung dari Rusia itu terpaksa menarik diri kerana terperangkan di Rusia.

Dana White memberitahu Tim & Sid: “Sebenarnya saya sudah menghubungi Khabi hari ini. Dan dia bersedia untuk bertarung pada September.”

“Pada awal hari ini, saya dah kata, dia mungkin akan bertarung pada musim panas ini. Kami ada berbalas mesej beberapa malam lalu dan dia menyatakan dia sudah bersedia, namun pada bulan September.”

Dana White juga menegaskan beliau sedang menilai sekali lagi opsyen untuk bertarung di Fight Island.

Sebelum ini beliau pernah menyatakan mahu membawa UFC 249 ke Fight Island, bertarung di pulau. Dana White sudah menyediakan jet untuk mengangkut para petarung ke sana.

Namun ia tidak dapat direalisasikan kerana kekangan masa.

“Namun saya tak boleh bagi jaminan. Kerana saya tak tahu bagaimana keadaan dunia pada September ini. Namun saya tahu acara ini masih sukar untuk menganjurkannya dengan adanya penonton. Jadi, saya merasakan ia akan dilangsungkan di Fight Island.”

“Jelas sekali Gaethje menentang Khabib akan berlaku, dan nampak gayanya ia akan berlangsung September ini. Dan selepas ini kita akan cuba melihat pertarungan Conor pula macamana.”

“Conor mungkin akan bertarung pada musim panas ini. Dan kamu juga akan menyaksikan aksi Khabib-Gaethje pada September. Dan kemudian kita akan menyenaraikan pemenang pertarungan.”

Pertarungan Khabib Nurmagomedov dengan Conor McGregor masih dinantikan ramai peminat. Ini selepas beberapa siri sindir menyindir di antara kedua dua petarung menerusi media sosial.

Namun buat masa ini, ia masih dalam perancangan awal Dana White. Tidak dinafikan Dana White pun pasti nak pertarungan kedua Khabib-McGregor berlangsung sekali lagi kerana nilai PPV yang diraih pasti lebih tinggi.

Baru baru ini, Conor McGregor menjangkakan Justin Gaethje akan dibelasah teruk oleh Khabib Nurmagomedov. Sambil Conor mengutuk corak pertarungan Khabib yang suka memeluk dan menangkap kaki petarung lain.

McGregor menjadi panas kepada Gaethje selepas petarung itu menyatakan selepas bertarung menentang Nurmagomedov, beliau akan datang ke Ireland untuk bertumbuk dengan McGregor.

Sumber Artikel: axello.net