Dana White Sahkan Ferguson Dikejarkan Ke Hospital Selepas Dibelasah Teruk Gaethje

Dana White mengesahkan Tony Ferguson terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tewas kepada Justin Gaethje di UFC 249.

‘El Cucuy’ tampak bergoyang selepas dipukul teruk oleh Gaethje dalam perlawanan membabitkan kedua-dua pertarung sebelum Herb Dean menghentikan perlawanan di pusingan keluma dan pusingan akhir pertarungan.

Dengan mukanya bengkak dan dipenuhi dengan darah, Ferguson seperti bukan wajahnya lagi sebelum dikejarkan ke Hospiral Jacksonville dari VyStars Memorial Arena.

Petinju berusia 36 tahun itu menyertai Niko Price di hospital selepas Price tewas di tangan Vicente Luque.

Dalam sidang media selepas pertarungan Dana berkata: “Saya berpendapat Tony Ferguson tidak bersedia pada malam ini. Beliau sangat perlahan.”

Tewas kepada Gaethje bermakna peluang untuk Ferguson bertarung menentang penyangdang kejuaraan lighgweight, Khabib Nurmagomedov tampa sukar, selepas pertemuan asal pada 18 April terpaksa dipinda.

Petarung dari Rusia itu kini akan mempertahankan kejuaraan milik beliau menentang Gaethje, kemungkinan pada akhir tahun ini.

Nurmagomedov yang mempunyai rekod 28-0 segera melakukan ciapan “No Comment” selepas Ferguson tewas.

Beliau turut mengucap tahniah dan memuji Justin Gatehje yang beliau anggap sebagai bijak ketika berhadapan Ferguson.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.